,
Berita

“Husband Nak Baby Girl...Mama Belum Boleh Rest Lah Gayanya”- Raja Farah

Syafiqah Jalal
16/04/2019
23:30 MYT
Pelakon Raja Farah terasa hidupnya bagai sudah sempurna selepas baharu sahaja melahirkan anak keduanya pada 7 April lalu.
Bagi Farah, dua cahaya mata lelaki yang dimilikinya kini sudah cukup membahagiakannya.
Namun menurut Farah, berbeza pula dengan suaminya Iskandar Ismail yang masih mengimpikan zuriat perempuan dalam keluarga mereka.
“Terasa hidup terlalu sempurna bila anak dah dua ni..Tapi..husband nak baby girl ni...Mama belum boleh rest lah gaya nye..” tulisnya.
Farah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam entri yang sama, pelakon filem Aku Masih Dara itu turut berkongsi luahan perasannya mengenai anak pertamanya Imran.
Menurut Farah, sejak anak keduanya lahir, Imran seolah-olah faham dan tahu membawa dirinya.
“Dah lama tak post gambar Abg..kesian Abg Imran...nak manja2 dgn Mama, but in the same time Mama tgh breastfeed adik...
“But Imran has been a very good boy..he is so independent now...cranky & tantrum seeking for attention tu mmg ada...tapi most of the time, dia akan buat Hal sendiri je...
“Ya Allah..aku rasa bersyukur sangat dgn semua rezeki & kebahagian yg kau Kurnia kan ini...Alhamdulillah..” katanya lagi.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar segala urusan Farah dipermudahkan.
Farah telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Iskandar Ismail pada September 2015 dan dikurniakan anak lelaki, Imran Iskandar pada Ogos 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Unitar