ANTARABANGSA
Hyundai i10 N Line, enjin 1 liter turbo - 98hp dan 171Nm
Sebelum ini, Drebar pernah mengeluarkan artikel berhubung lakaran Hyundai i10 generasi ke-10 dan ternyata lukisan konsep kenderaan itu cukup mengagumkan.
Sempena Pameran Motor Frankfurt 2019, Hyundai menggunakan acara untuk memperkenalkan edisi sporty Hyundai i10 menerusi varian N Line yang menawarkan prestasi lebih mantap.
Menariknya, i10 N Line turut mengikuti jejak model N line yang lain seperti the i30 hatchback, i30 Fastback dan Tucson dengan menerima beberapa sentuhan luaran serta dalaman lebih sporty, selain menggunakan rangkaian kuasa eksklusif.

Bagi rangkaian kuasanya, ia menggunakan enjin 1 liter tiga silinder T-GDi yang mampu menyalurkan 98hp dengan tork 171Nm. Kuasa itu disalurkan ke pacuan hadapan menerusi transmisi lima kelajuan.
Pandangan luaran pula, ia masih menggunakan model asas i-10 biasa, tetapi didatangkan dengan ciri lampu siang pada bahagian sisi pada jeriji hadapan.
Jeriji hadapan itu, turut diperkemaskan dengan warna merah untuk membuatkan ia lebih gah berbanding varian biasa. Lebih bergaya, ia didatangkan dengan rim 16 inci dan logo merah i10 serta bahagian bumbung hitam.
Selain ditawarkan dengan enam pilihan warna, bahagian dalaman diceriakan dengan logo N yang boleh dilihat pada roda stereng yang diperkemaskan dengan jahitan merah.
Must-Watch Video