Berita
“Ia Bukan Isu Saya Mahu ‘Downgrade’ Diri…”- Scha Alyahya
Pelakon Scha Alyahya akui bukan hendak merendahkan nilai dirinya sebagai selebriti apabila bekerjasama dengan jenama tempatan.
Sebaliknya, Scha berkata banyak kelebihan yang diterima selepas menerima untuk menjalinkan kerjasama dengan jenama tempatan.
“Ia bukan isu saya hendak ‘downgrade’ diri saya apabila menerima untuk bekerjasama dengan produk lokal seperti Christy Ng ini.
“Tetapi apa yang saya lihat perbezaannya jika international brand, saya akan lihat ke mana dia mahu bawa diri saya sebagai selebriti, sama ada untuk menjadi muka hadapan sebuah majalah antarabangsa atau sebagainya.
“Berbanding jika saya bekerjasama dengan jenama tempatan kerana usahasama itu dilakukan lebih panjang dan lebih banyak penglibatan seperti dari proses pembikinan, harga dan material. Ia lebih dekat.
"Jika selebriti luar negara bangga dengan jenama negara mereka, kenapa saya tidak bangga dengan jenama tempatan,” katanya kepada Gempak.
Ibu kepada Lara Alana itu bekerjasama dengan Christy Ng selama tiga bulan untuk pengeluaran tas tangan serta kasut.
Mengulas mengenai kerjasama itu, Scha bersyukur kerana ia telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.
“Saya terkejut, baru semalaman jualan dibuka secara online, tetapi ia sudah mendapat sambutan yang amat menggalakan.
“Saya harap ia berterusan sehingga Syawal ini,” katanya lagi.
Must-Watch Video