Viral

Ibu Kejam Dipenjara, Anak 4 Tahun Maut Diberi ‘Susu’ Berkarbonat

gempak
Maliah Surip
31/05/2024
18:55 MYT
Sponsor Banner
Ibu Kejam Dipenjara, Anak 4 Tahun Maut Diberi ‘Susu’ Berkarbonat
Seorang ibu akhirnya dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun selepas mengakibatkan secara sengaja terhadap kematian anaknya yang baru berusia empat tahun.

Air berkarbonat

Kanak-kanak malang tersebut maut kerana kencing manis selepas diberi susu yang dicampur dengan air berkarbonat dari jenama Mountain Dew.
Pendakwaraya di Ohio, Amerika Syarikat antaranya dipetik berkata wanita tersebut, Tamara Banks telah berlaku kejam dan mengabaikan anak perempuan, Karmity Hoeb hampir pada sepanjang kehidupannya.
Akibat perbuatan kejam dan tidak berperikemanusian tersebut, kanak-kanak itu antaranya mengalami kerosakan gigi sehingga ronggak.
Hoeb juga didiagnos mengidap kencing manis tahap satu, lapor FoxNews.
Malah sehari sebelum meninggal dunia, Hoeb dikejarkan ke hospital selepas Banks menghubungi talian 911 selepas melihat anaknya berubah menjadi biru dan berhenti bernafas.
Dia bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia kerana kencing manis serta kecederaan otak pada 25 Januari 2022 di Cincinnati Children’s Hospital Medical Center.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi 20 Bulan Maut, Dilanggar Bapa Semasa Mahu Undur Kenderaan

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Tular Nikah Petang Ini, Keluarga Taja Baju Pengantin & Solekan - "Saya Rasa Nervous, Gembira & Sedih"

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kesal Sikap Ghairah Viral, Selalu Tolong Orang Yang Salah - “Jangan Terlalu Percaya…”

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024