Laman Utama
Ibu Memey Ditahan Di Zon Merah - "Walau Lemah, Dia Tersenyum Dengar Kami Borak... Mengalir Air Mata"
Pelakon Memey Suhaia memaklumkan keadaan ibunya semalam berada dalam keadaan lemah dan kini dimasukkan ke dalam zon merah di sebuah hospital kerajaan.
Justeru Memey memohon agar semua mendoakan kesembuhan ibunya.
“Nak mohon doakan mak saya Norlela Abdul Rahman diberi kekuatan dan kesembuhan
Mak ditempatkan di zon merah sebab dalam keadaan lemah di hospital.
“Terima kasih banyak buat yang sudi doakan baik-baik,” ucapnya
Memey berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang turut mendoakan kesembuhan ibunya.
Terkini, Memey memaklumkan, ibunya usdah mula menunjukkan respon yang baik.
“Alhamdulillah terima kasih banyak buat semua yang mendoakan kesembuhan untuk mak..
“Mak dah boleh respon, dah ada progress baik…Nampak mak happy bila semua anak ada depan mata..
“Walaupun masih lemah, sesekali tersenyum mendengar apa yang kami borak. Sesekali mengalir air mata bila masing-masing cuba bercakap bagi kekuatan untuk mak,” ujarnya.
Must-Watch Video