Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, 47, dikecam netizen gara-gara akaun Instagram (IG) anaknya, Aaisyah Dhia Rana, 7, memuat naik review produk membesar payudara untuk orang dewasa.

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan seorang wanita sedang mempromosikan produk tersebut dengan menampakkan sebahagian payudaranya dengan berpakaian tidur yang seksi.

Rata-rata terkejut dengan kemas kini tersebut kerana ia dianggap lucah dan tidak sesuai untuk usia anaknya yang masih kecil.

“Apa pasal Che Ta tak letak je kat IG dia sendiri? Ni kan akaun Aaisyah, ana tahu kalau ada budak-budak yang mengikuti akaun ini terlihat. Fikir tu biar jauh ke depan. Tahun 2021 ni kita kena kurangkan melucah ya mak mak. Ayah ayah,” komen salah seorang pengikutnya.

“Allahu jangan la kotorkan IG budak-budak gini...kesian Aaisyah,” kata salah seorang warganet.

“Demi endorsement, sorry tak respect lagi. Unfollow,” marah salah seorang netizen.

Bukan itu sahaja, malah ramai yang bagai tak percaya bagaimana entri tersebut boleh dimuat naik ke IG kanak-kanak kecil.

“Serious lah Aaisyah review benda macam ni?” bingung salah seorang warga maya.

“IG kena hacked ke ni?,” sangka salah seorang pengikutnya.

Selain itu, ramai juga mula ‘tagged’ IG Che Ta untuk bertanya tentang apa yang berlaku.

Namun Che Ta hanya mendiamkan diri, malah tidak memberi sebarang respon atau komen.

Aaisyah merupakan anak ketiga Che Ta, ia hasil perkahwinan keduanya dengan pelakon Zain Saidin.

Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.