Hiburan

Ikmal Amry Akui Tiada Perkahwinan Sempurna, Pentingnya Komunikasi dalam Menyelesaikan Masalah - “Kita Lelaki Memang Ego Tinggi Tapi”

gempak
Asyraf Roslan
24/10/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Ikmal Amry Akui Tiada Perkahwinan Sempurna, Pentingnya Komunikasi dalam Menyelesaikan Masalah - “Kita Lelaki Memang Ego Tinggi Tapi”
Pelakon, Ikmal Amry akui dalam melayari bahtera perkahwinan tidak semuanya manis, kadang kala harus berhadapan dengan dugaan tertentu.
Namun, bagi Ikmal meskipun berdepan dengan dugaan dia lebih suka menyelesaikan masalahnya bersama isteri tanpa ada campur tangan dari mana-mana pihak.
“Tipu kalau saya cakap tiada masalah, di awal perkahwinan, sebelum perkahwinan pun kita ada masalah.
“Tapi saya kalau mempunyai masalah dengan isteri saya lebih suka selesaikan sendiri tanpa ada campur tangan mana-mana pihak,” katanya kepada Gempak
Ikmal atau nama lengkapnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, juga berpendapat sebagai seorang lelaki, mereka seharusnya mengawal ego mereka demi memberi ketenangan dalam rumah tangga.
Pada masa sama, pelakon yang popular dengan drama From Saga With Love itu komunikasi adalah sesuatu yang penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
“Cara saya selesaikan masalah daripada dulu sampai sekatang adalah menerusi komunikasi.
“Kalau ada masalah kita cakap dengan pasangan kita dan cuba selesaikannya dengan cara yang baik.
“Dan yang kedua, jangan ego. Kita lelaki memang ego tinggi tapi selepas kahwin cuba rendahkan ego untuk memberi ketenangan dalam rumah tangga,” tambahnya.
Sekadar info, Ikmal telah mendirikan rumah tangga dengan Najla Shamsul Kamarr pada 2020, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024