Baru berusia 18 tahun, penyanyi ini sudah muncul dengan single baharu berjudul Teman.

Malah, muzik video lagu Teman telah ditonton lebih 700,000 dalam hanya masa tiga hari dilancarkan.

Populariti Iman Troye ini sekali gus menjadikan dia sebagai artis muda atau Budak Baru Nak Up (BBNU) TerGempak 2020!

Menerusi undian yang dibuka pada 18 Disember lalu, Iman Troye menerima 29.9 peratus undian mengalahkan Aina Abdul dengan kiraan undian sebanyak 18.63 peratus.

Andi Bernadee dan YouTuber Syahmi Sazli pula berada di kedudukan ketiga dan keempat dengan undian sebanyak 13.7 dan 10.2 peratus.

Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B pula berada di tempat kelima dengan undian sebanyak 8.34 peratus.

Untuk melihat keputusan penuh, anda boleh baca senarai pemenang di bawah :

BACA: Tok Ti, Azfarheri, Iman Troye Antara Yang TerGempak 2020! Ini Keputusan Penuh ...