Laman Utama
“Ingat Saya Tak Ada Maruah? Jangan Main Pijak Macam Ni" - Noorkhiriah Kecewa Harga Shooting Diubah-Ubah?
Pelakon Noorkhiriah berasa kesal apabila terdapat produksi menawarkan bayaran yang disifatkan tidak masuk akal untuk lakonannya.
Menurut Noorkhiriah, pihak produksi itu pada mulanya sudah menawarkan harga lain yang telah dipersetujui bersama, namun tiba-tiba bertindak mengubahnya pula.
"Rasanya kena luahkan juga, makin tak masuk akal payment shooting sekarang, dah elok-elok deal boleh tarik balik cakap salah deal.
"Korang ingat saya ni takda maruah..Main tarik tali macam ini, tak nak cakap tak nak jangan main pijak macam ni.
"Lepas tu nak sangat cut bajet sampai majoriti pelakonnya extra, apa nak jadi?" luahnya.
Dalam pada itu, Noorkhiriah juga menegaskan bahawa pembabitannya sebagai seorang pelakon sememangnya serius dan bukan main-main.
"Saya berlakon bukan main-main ya, korang jangan mimpi nak dapat gaji sepadan kalau dah sendu," tambahnya lagi dalam satu kenyataan di Instagram.
Menerusi tinjauan Gempak, Noorkhiriah bertindak untuk menutup ruangan komen entri berkenaan (ketika artikel ini ditulis).
Pelakon berbakat itu juga menjelaskan bahawa dia tidak marah, namun lebih kepada kecewa diperlakukan sebegitu.
Must-Watch Video