Pelawak Atu Zero berkongsi kisah lucu sewaktu menjalani penggambaran filem terbaharu, Syif Malam Raya.

Menurut Atu, antara cabaran yang dilalui adalah keadaan cuca yang tidak mengizinkan ketika penggambaran berlangsung.

“Waktu penggambaran boleh dikatakan agak mencabar, pada mulanya saya ingat hanya akan berlakon pada setiap waktu malam sahaja memandangkan tajukknya Syif Malam Raya.

“Selepas itu penggambaran setiap malam pula mesti berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak berapa elok, bila shoot sahaja mesti hujan.

“Jadi sepanjang tempoh itu kami kena duduk dalam hutan. Bayangkan berada dalam hutan waktu hujan sudah pasti banyak serangga berbisa.

“Saya ingat lagi, ada satu babak tu saya menjerit. Sepatutnya saya menjerit kerana nampak hantu tetapi pada hakikatnya saya menjerit kerana digigit pacat,” ujarnya ketawa.

Atu berkongsi kisah tersebut ketika ditemu bual Gempak menerusi segmen #ArtisDudukDiam yang disiarkan di akaun Instagram Astro Gempak semalam.

BACA: Dari YouTuber Ke Bintang Filem, Sebak Pula Bila Syahmi Cakap – “Kami Ini Hanya…”

Selain Atu, Syif Malam Raya juga menampilkan bintang YouTube, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey, Sharif Zero, Syaiful Zero, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 sudah pun ditayangkan sejak 21 Mei 2020

BACA: “Mula-Mula Start Je Dah Lawak!” – Tak Sampai 24 Jam Syif Malam Raya Ditayangkan Penonton Terus Approve!

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Sinopsis:

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka.

Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.