Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Ingin Dimaklumkan Central Kitchen Kami Telah Menerima Sijil Halal JAKIM” - Dolly Dim Sum

Mya Amri
04/09/2024 06:20 MYT
Syarikat restoran makanan popular, Dolly Dim Sum memaklumkan dapur berpusat (central kitchen) yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangannya telah menerima sijil halal dari pihak JAKIM.

Terima sijil halal


Pihak Dolly Dim Sum memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan di akaun Facebook rasmi mereka.

Menurut pihaknya, sijil halal tersebut telah diterima pada 1 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pihaknya berkata restoran itu masih dalam proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk setiap cawangannya.

“Berkaitan dengan satu hantaran di media sosial yang sedang tular, ingin dimaklumkan bahawa Dapur Berpusat (Central Kitchen) kami, yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan kami, telah menerima Sijil Halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1 021-06/2024).


“Anda boleh menyemak status halal kami di laman web JAKIM dengan menggunakan 9 digit terakhir: 021-06/2024 (Klik pada Asia Mex, nama/ alamat korporat kami, untuk butiran lanjut).

“Seperti yang dinyatakan dalam pengumuman kami pada 1 Ogos 2024, kami juga sedang dalam proses mendapatkan sijil halal untuk setiap cawangan kami.

“Memperoleh sijil halal Dapur Berpusat (Central Kitchen) adalah sebahagian dari langkah penting dalam keseluruhan proses pensijilan ini.

“Kami berharap dapat menjelaskan sebarang kebimbangan, dan kami berterima kasih atas kepercayaan serta sokongan anda,” maklumnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Lima Restoran Popular Bukan Pemegang Sijil Halal - Jakim

ARTIKEL BERKAITAN:Brahim’s Food Services Kekal Cemerlang, Peneraju Utama Penyedia Makanan Halal Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia

ARTIKEL BERKAITAN:‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

ARTIKEL BERKAITAN:Baru Peluk Islam, Lelaki Mualaf Ini Bawa Babi Untuk Dijadikan Haiwan Korban

ARTIKEL BERKAITAN:Lepas Buka Tudung, Bekas Isteri Sule Kembali Jadi DJ: “Cari Wang Halal & Berkat”


Sebelum ini, JAKIM dalam satu kenyataan memaklumkan semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Difahamkan, semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM.
#Makanan #jakim #Sijil Halal #Central Kitchen #Dolly Dim Sum