Syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan di Dubai, UAE aitu Alternate Commodities Index Worldwide (ACIGOLD) kini membuka cawangan pertamanya di Malaysia dalam usaha memperkenalkan aplikasi audio video dikenali ACI CHAT.

Pengasas dan Pengerusi ACIGOLD, Datuk Sheikh Jamal berkata, platform inovatif itu diusahakan dengan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan Blockchain Sabah yang kini tersedia dalam versi Android dan iOS.

Sembang di ACI CHAT

Beliau berkata, aplikasi itu bagi membolehkan pengguna bukan sahaja berhubung dengan keluarga dan rakan tetapi juga memberikan peluang unik untuk menjana pendapatan sambil menikmati perbualan dalam aplikasi itu.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan ACIGOLD kepada dunia dan matlamat kami adalah untuk mencipta platform komprehensif yang membolehkan individu bukan sahaja berhubung dengan orang tersayang tetapi juga meneroka ufuk baharu dalam dunia perniagaan.

“Dengan ACIGOLD, pengguna kini boleh mengubah minat mereka untuk berbual menjadi sumber pendapatan, perniagaan dalam talian dan membeli-belah secara percuma di mana adalah situasi menang-menang untuk semua pihak yang penguna terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sheikh menambah, selain ACI CHAT, ACIGOLD juga menawarkan ekosistem pelbagai fungsi yang merangkumi ssatu aplikasi Mesyuarat Secara Langsung (Online Meeting) dalam talian dikenali ACI LIVE.

ACI Store untuk berjual beli

Menurutnya, aplikasi mesyuarat itu membolehkan pengguna menjalankan mesyuarat, seminar dan persidangan dengan rakan sekerja dan pelanggan dari seluruh dunia tanpa perjalanan fizikal dan mengurangkan kos yang berkaitan.

“Kami juga akan memperkenalkan satu lagi aplikasi pasaran beli-belah dalam talian dikenali ACI STORE tidak lama dengan tujuan untuk menyediakan individu dengan lebih fleksibiliti dan kemudahan jual beli.

“ACI STORE bakal memperkasakan pengguna untuk bekerja dari keselesaan rumah mereka sendiri, membantu mereka memulakan peluang perniagaan dalam talian baharu.

“Lebih-lebih lagi, pasaran beli-belah dalam talian ACI STORE menawarkan pelbagai jenis produk, memudahkan pengguna mencari dan membeli barangan yang mereka kehendaki di satu lokasi yang mudah,” katanya.

Pihaknya menggunakan teknologi blockchain Web3 terbina bagi memastikan semua interaksi dan transaksi pada semua aplikasi ACIGOLD adalah selamat dan telus.

“Dengan menggunakan pemusatan rangkaian itu, ACIGOLD telah menghapuskan keperluan untuk pengantara, membolehkan ekosistem yang lebih cekap dan kos efektif untuk penggunanya di seluruh dunia,” katanya.