Pengurus Farid Kamil, Azahari Hamid memberi respons ringkas kepada Gempak saat diajukan mengenai Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Istana Pahang telah ditarik sejak 1 Februari lalu.
"Waalaikumusalam, saya cuba tanyakan dia dulu ya," jawab Azahari melalui WhatsApp kepada Gempak sekitar dua jam tadi.
Sehingga berita ini ditulis, Azahari masih belum memberi jawapan daripada suami Diana Danielle itu mengenai notis yang dikeluarkan oleh pihak Setiausaha Kerajaan Pahang kepada pihak media, petang tadi.
Gempak yang menghubungi Farid menerusi panggilan telefon tidak berjawab, sementara kiriman WhatsApp yang dihantar kepadanya juga masih belum menerima balasan.
Farid yang juga merupakan seorang pengarah itu menerima gelaran tersebut pada tahun 2017.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Farid Kamil Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran Datuk berkuat kuasa serta merta.
Perkara itu diumumkan melalui satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Pahang selaku Pendaftar Darjah.
“Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama berikut ditarik balik dan dibatalkan.
“Penama terbabit tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang serta-merta,” kata kenyataan itu.
Syafiqah Jalal
Wed Feb 10 2021


Suspek Kelar Isteri & Anak Usia 44 Hari Dipercayai Alami Tekanan & Desakan Hidup
Apa nak jadi...

Jadi Penjual Sayur Di Pasar Siti Khadijah, Fazura Teruja Sambut Aidiladha Di Kelantan - “Mesti Pandai Dah Kecek Kelate”
Raya Haji di Kelantan memang meriah.

Penyanyi Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia
Salam takziah.

“Kalau Tengah Miang, Pi La Cari Bini..” - Caprice Selar Tindakan Lelaki Peluk Wanita Air Buah Tular, Ucap Salam Takziah
Air buah mana-mana pun ada.

Ada Adegan Terbang Macam Mak Lampir & Kelibat Shuk Sahar! Netizen Lega Versi Asal Mat Kilau Tak Diteruskan
Netizen viralkan video behind the scene Mat Kilau versi asal
![[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar [VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/kzrsulfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar
Netizen kecewa?

Video Lama Viral Kembali, ‘Kakak Kedai Makan’ Di Terengganu Pernah Ramas Kemaluan Pelanggan?
Dahsyat!

Dr Malar Tolak Pelaksanaan Cadangan Kerja 4 Hari Seminggu, Sebaliknya…
Dr Malar mencadangkan cara lain

Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi
Jang Hyuk dengan Jong Kook ni memang jaga badan.
.jpg?ext=.jpg)
14 Tahun Janda, Yuni Shara ‘Boleh Kenal’ Lelaki Hanya Dengan Berbual 5 Minit
Penyanyi Yuni Shara mengaku kerana telah terlalu lama hidup sendiri atau menjanda, dirinya sudah kekok untuk kembali menjalin cinta.