Laman Utama
"Ini Semua Nak Viral Je, Selfish" - Wak Doyok Sound Penganjur Fashion Show Langgar SOP
Pelakon dan usahawan Wak Doyok tampil membidas tindakan usahawan jenama fesyen tempatan yang tanpa segan silu menyatakan ketidakpatuhan SOP dalam penganjuran acaranya pada Rabu.
BACA: "Tak Pakai Mask, Kebal Virus Ke Kak?" - Netizen Risau Fashion Show Jenama Tempatan Langgar SOP
Tempelak Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41, tindakan sedemikian mengundang natijah walaupun pada hakikatnya cuma mahukan perhatian.
"Kang kena saman setiap orang tak cukup tanah dia nak bayar. Ini semua nak viral je. Selfish," ciapnya di Twitter.
Reaksi Wak Doyok itu ditujukan terhadap sepotong video pengasas jenama fesyen tersebut yang menjelaskan tiada SOP dalam penganjuran acaranya pada malam berkenaan.
Kata pemiliknya; "Hari ini memang SOP tak ada langsung, kalau kena saman 'claim' kat dia."
Manakala, sahut wanita di sampingnya dalam video berkenaan pula; "So, dipanggil dia kluster ... Glorious Raya."
Semalam tular di Twitter apabila acara pertunjukan fesyen anjuran butik pakaian terkenal tempatan itu disifatkan netizen melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan.
Selain tetamu yang hadir kebanyakan tidak mengenakan pelitup separuh muka, difahamkan tiada juga penjarakan sosial sepanjang acara berlangsung.
Gempak masih menunggu maklum balas daripada pemilik butik pakaian terbabit.
Must-Watch Video