Pelakon Amerul Affendi dedah babak tarian Mak Yong yang dilakukan di dalam Filem Hantu Mok Joh adalah antara yang paling menyeramkan ketika menjalani penggambaran.

Menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya, Amerul memuat memua naik semula video dari akaun Astro Shaw yang menunjukkan babak dirinya sedang ralit menari tarian Mak Yong hingga jari-jemarinya melentok-liuk.

Kata Amerul ia babak paling menyeramkan waktu penggambaran filem berkenaan.

“Ni lah part paling seram sewaktu penggambaran Hantu Mok Joh untuk aku yang tengah bawa watak tu,” tulisnya.
Ciapan itu turut mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang rata-rata turut menurunkan komen.

“Sebagai family yang ada salah silah mokyong dan dah buang pun mokyong ni mm yess ada few part yang akan buat kita rasa macam something sikit,” komen dalam salah satu ciapan.

“Kenapa awak rasa sebak dan rasa nak menangis?” tanya salah seorang pengguna Twitter.

“I actually think this too. Macam mana you bawa watak ni sebab yelah… I’ve heard about my friend yang pernah menari tarian ni and the experience was scary Haha,” tulis salah satu ciapan.

Selain Amerul filem seram komedi itu dibintangi pelakon lain seperti Fauziah Nawi, Aprena Manrose, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

Hantu Mok Joh menceritakan mengenai Mok Joh yang mempunyai pelbagai andaian rentetan dari kehilangan Mok Joh. Antara yang paling popular ialah Mok Joh mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui.

Dalam masa yang sama, penduduk kampung mula diganggu makhluk yang dikatakan sebagai hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut. Yem yang mendapat khabar tentang berita kehilangan ibu saudaranya itu segera berangkat pulang dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk mencari cerita yang sebenar.

Saksikan Hantu Mok Joh di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 pada 17 Februari ini.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)