,
Terkini

INNOVATHON 2: Uniknya! Idea Liza Ramli Manfaatkan Batang Pisang Untuk Buat Jus, Kerepek & Biskut Curi Tumpuan Ujibakat Di Pulau Pinang

Umirah Halim
04/06/2024
14:55 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.
Istimewanya kali ini, program inisiatif oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama dengan Astro ini turut membabitkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, sebagai usaha mempopularkan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar, bermula di peringkat sekolah.

Ujibakat On The Ground

Ujibakat On The Ground Innovathon 2 telah berlangsung dengan jayanya di Johor dan Pulau Pinang pada minggu lalu.

Berita Trending: Gantikan Vaksin & Antibiotik Pada Ayam, Herba Untuk Ternakan Raih Tempat Pertama Minggu Ke-5 INNOVATHON

Antara yang menarik perhatian pada ujibakat di Pulau Pinang minggu lalu termasuk prototaip yang dipersembahkan oleh bekas pensyarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Noor Liza Ramli yang membawa prototaip B’Smile.

B’ SMILE merujuk kepada manfaat BANANA yakni batang pisang yang memberikan khasiat dan mampu beri senyuman kepada pesakit.

Produk B’ SMILE merangkumi jus, kerepek dan biskut yang berasaskan batang pisang.
Masalah pembuangan batang pisang sebagai sisa pepejal telah diinovasikan sebagai span penapis yang ‘more green’ kerana apabila ia dilipuskan boleh dijadikan baja.
Untuk rekod, keluarga Liza banyak sejarah diabetes dan ramai yang menghadapi masalah untuk menikmati rasa makanan jadi serat batang pisang mampu serat gula dalam badan sekaligus boleh mengurangkan kolestrol dan berat badan.

Berita Trending: Tetap Post Video Masak, Netizen Dakwa Memey Tak Sensitif - “Bangga Nampaknya Anak Tiri Selesa Dengan Dia”

Untuk pengetahuan anda, Liza merupakan innovator paling ‘senior’ yang menghadiri uji bakat di Pulau Pinang bagi musim kedua dengan usia 56 tahun.
Sebelum ini, Liza pernah menyertai INNOVATHON musim pertama dengan inovasi B’FRESH.
Musim sebelum ini, beliau dikenali dengan tagline “no more garu-garu”.

Berita Trending: Innovathon Realisasikan Impian Rakyat Malaysia, YB Rafizi Ramli & YB Chang Lih Kang Antara Panel Juri

Terdahulu, musim pertama INNOVATHON menyaksikan inovasi peranti sensor DNA bagi mengesan virus dan kanser yang dinamakan NACOTS dinobatkan sebagai juara.

Sesi uji bakat seluruh negara sudah bermula

Sesi uji bakat di seluruh negara akan bermula Jun depan dan akan turut singgah di beberapa institusi pengajian tinggi, antaranya Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Musim kedua dijangka mula bersiaran di Astro RIA, November depan.
Cara-cara sertai uji bakat INNOVATHON musim kedua:
1. Secara Online di http://gempak.com.my dari 1 Jun hingga 21 Jun 2024
2. Secara On Ground di Institusi Pengajian Tinggi bermula 1 Jun 2024
Lokasi Ujibakat On Ground:
1 - 2 Jun : Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang & Universiti Malaysia Terengganu
8 & 9 Jun : UMS Kota Kinabalu, Sabah & UNIMAS Kampus Sibu, Sarawak
22, 23 & 24 Jun : Universiti Malaya

Berita Trending: INNOVATHON Program Realiti TV Cungkil Idea Inovatif! Tawar Modal Asas RM1 Juta

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

2 Beradik Koma Makan Keropok Beracun Tikus, Ibu Belum Terfikir Ambil Tindakan Terhadap Jiran

gempak
09/07/2024
09:25 MYT
Ibu kepada dua beradik yang kritikal selepas makan makanan ringan yang disyaki mengandungi racun tikus, Nurain Hasnorizal, 25, masih tidak dapat memikirkan tindakan seterusnya terhadap jiran kerana ingin menumpukan perhatian kepada kedua-dua anaknya itu terlebih dahulu.
terkini

INNOVATHON 2: Terima Sambutan Hangat, Ujibakat On The Ground Fasa 2 Dilanjutkan! Jom Semak Lokasi Ujibakat

gempak
25/06/2024
14:55 MYT
Disebabkan sambutan hangat dan permintaan ramai, ujibakat program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON musim kedua bakal dilanjutkan ke fasa kedua.
terkini

INNOVATHON 2: Profesor Madya Dr. Nur Faeza Pertaruh BioGel Bait Moz Di Ujibakat On The Ground Pulau Pinang

gempak
05/06/2024
13:55 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.
Hiburan

INNOVATHON Kembali Untuk Musim Kedua, Uji Bakat Bermula Jun Depan! Ini Cara-Cara & Lokasinya

gempak
20/05/2024
09:55 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.
ujibakat

Jom sertai uji bakat INNOVATHON musim kedua!

gempak
16/05/2024
14:55 MYT
Anda ada idea inovatif kreatif & Menarik? Kami memerlukan idea anda! Jom sertai Uji Bakat INNOVATHON musim kedua sekarang dan berpeluang untuk hadiah wang tunai!