Laman Utama
INNOVATHON-Minggu 5
INNOVATHON merupakan sebuah rancangan realiti TV inovasi pertama di Malaysia, inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Astro.
Setiap minggu, lapan inovator akan berentap dari minggu pertama hingga minggu ketujuh. Justeru, setiap inovator terbaik mingguan akan terus melayakkan diri ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara INNOVATHON yang pertama.
Idea inovatif dan kreatif para inovator diadili oleh lima orang panel juri profesional termasuklah Menteri Ekonomi; YB Rafizi Ramli, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Chang Lih Kang, selebriti dan usahawan terkenal; Fazura, serta dua lagi pemain industri sebagai juri profesional jemputan. Selain itu, 100 orang juri awam daripada pelbagai latar belakang yang berperanan sebagai pengguna akan menggalas tanggungjawab sebagai juri awam.
Pentas akhir INNOVATHON bakal menyaksikan para finalis sekali lagi membentangkan produk inovasi mereka dengan penambahbaikan yang lebih menarik bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000 dan hadiah pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai sehingga RM1 juta ringgit.
Program realiti TV yang dihoskan oleh pengacara ternama Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani ini bersiaran mulai 15 Julai 2023, jam 9 malam di saluran Astro RIA dan Astro GO.
Throwback balik Episod yang lepas di bawah:
Minggu 1 | Tekan Di Sini |
Minggu 2 | Tekan Di Sini |
Minggu 3 | Tekan Di Sini |
Minggu 4 | Tekan Di Sini |
Korang boleh terus ke bawah untuk mengenali siapakah inovator untuk MINGGU INI dan apakah PRODUK INOVASI mereka di bawah.
Jangan lupa juga untuk mengundi produk manakah yang anda rasa paling kreatif dalam People Choise Awards sekarang!
Maklumat lebih lanjut mengenai peserta minggu ini beserta maklumat ciptaan mereka:
Peserta 1
PRODUK
- CABALLUS RAFVI
- Alat bantuan bagi OKU Penglihatan dalam melaksanakan larian bernavigasi dan tanpa sentuhan fizikal
- Tercetus idea kerana memenuhi impian anak murid perempuan yang bercita2 menjadi pelari jarak jauh dan semakin membesar
- Sekarang prototype dihasilkan menggunakan Paip PVC sahaja
- Memerlukan Dana untuk membina alatan yang fleksible dengan medium buatan yang sesuai, mudah urus,lancar dan dipelbagaikan kegunaan kepada semua
1. Wan Mu’adzam Wan Abidin
- Guru Sk Klang
- 42 tahun
- HERBA UNTUK TERNAKAN
- Herba yang dihasilkan daripada kaedah tradisional dan bahan organik
- Membantu meningkatkan pembesaran ayam tanpa perlu mengambil suntikan vaksin dan antibiotik.
- Ladang ayam juga mudah dijaga dari sudut kebersihan kerana najis ayam yang terhasil tidak berbau busuk dan tidak mengalami masalah kehadiran lalat.
- Cara menggunakan herba ini ialah dengan menyembur pada dedak dan turut dimasukkan dalam minuman haiwan ternakan.
1. Hj Ustaz Azmi bin Nor
- 55 tahun
- Kota Bahru Kelantan
- Pengusaha Ayam
- KENDERAAN AMAL KHAIRAT
- Kenderaan 4x4 yang diinnovasikan kepada pelbagai fungsi. 3 fungsi utama adalah kenderaan jenazah, ambulance Amal dan kebajikan.
- Faktor topografi permukaan jalan di Sabah yang berbukit bukau dan mencabar memerlukan kenderaan yang lebih sesuai daripada kenderaan biasa
- Kemudahan perkhidmatan ini tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.
- Akademi Amal Khairat berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Daerah Keningau
- Zulkifle bin Mohamad
- Tuan Muhammad Tuan Stia
- Wirda Diyana Wan Ibrahim
- Keningau, Sabah
- KOMMU ASSIST
- System AI untuk self-drive ala ala TESLA tapi dengan kelengkapan keselamatan
- Had laju self-drive hanyalah 140km sejam
- Dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan terutamanya buat mereka yang microsleep
- Menyokong 21 jenis kereta seperti Perodua, Proton, Honda, Toyota , Hyundai, Lexus dan Alphard
- 26 TAHUN
- Damansara
Peserta 5
PRODUK
- MASKCRETE
- Idea tercetus apabila face mask perlu ditukar 3 kali sehari dan guru minta untuk kutip bekas buangan
- Mengelakkan pencemaran dari face mask dengan menjadikan face mask sebagai bahan utama yang dicampur bersama polyester resin dan hasilkan menjadi bata bahan binaan
- Alia Soraya
- Hannah Damia
- Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Gombak
- Gold medal Euroinvent 2023 in Romania
- SALAMAB
- Teknologi baru ini merupakan penghasilan antibodi sintetik dari ikan jerung tanpa mengorbankan sebarang haiwan dengan penggunaan kejuruteraan DNA.
- sudah disahkan dalam makmal bahawa ia berpotensi merawat penyakit berjangkit termasuk Malaria, Denggi dan Covid-19
- antibodi jerung ini sangat tahan haba. Ini bermaksub teknologi yang dibangunkan ini dapat menembusi pasaran baru dalam bidang perubatan di seluruh dunia.
- Idea ini dicetuskan kerana tidak banyak makmal yang membuat kajian ini pada sedekad dulu. Jadi, prototaip antibodi sintetik dari jerung yang dihasilkan dalam projek ini merupakan prototaip pertama di peringkat antarabangsa.
- Setakat ini, 1 Paten difailkan, dan 1 Copyright, serta 1 Trademark sudah berdaftar untuk antibodi ini.
- Ada 2 syarikat sudah menunjuk minat atas idea ini ianya satu dari tempatan dan satu dari UK melalui perjanjian NDA dan Letter of Intend (LOI).
- Projek ini berjaya dianugerahkan Gold Medal Award dalam pertandingan inovasi antarabangsa termasuk RISE 2022, dan ITEX 2023.
- PhD in Medicine (University of Queensland, Australia)
- Pensyarah Kanan di INFORMM, USM
- Bidang penyelidikan: Kejuruteraan Antibodi, dan Immuniti mikrob
- Consultant untuk 1 industri pengeluar alat perubatan.
- Menerbit > 40 naskah artikel saintifik dalam jurnal antarabangsa.
- PhD in Vaccinology (University of Queensland, Australia)
- Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM
- Bidang penyelidikan: Vaksinologi, Immuno terapi, dan Immunit
- Consultant untuk 2 syarikat immune terapi.
- Menerbit > 50 naskah artikel saintifik dalam jurnal antarabangsa
Peserta 7
PRODUK
- SMART LEAKAGE CONTROL SYSTEM
- Satu sistem kawalan kebocoran bahan pendingin di dalam sistem penyaman udara.
- Penambahbaikan produk dengan menggunakan peralatan elektronik supaya dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
- Penambahbaikan seperti penggera dapat menghantar maklumat kepada pengguna / pemilik sistem tersebut sekiranya sistem ini mengalami kebocoran bahan pendingin melalui perisian android
- Pensyarah Mekanikal
- Mengajar dah 14 tahun - kini berkhidmat di Kolej Komuniti Pasir Salak
- Pernah jadi juri program-program inovasi
- Pemenang pingat emas Pertandingan Inovasi Pensyrah TVET 2019 dan international inovative competition (IIC2022)
- Alumni Kolej Komuniti Pasir Salak(Bidang IT
- Sambung Politeknik Seberang Prai dalam bidang IT
- Kini programme,pengusaha bengkel kayu,besi dan cenderahanti.
Peserta 8
PRODUK
- THE KEMBARA
- Permainan Pengembaraan Berasaskan Pendidikan (Education Adventure Games)
- Terhasilnya permainan ini disebabkan anak beliau suka bermain permainan video sehingga menghabiskan banyak masa & kurang belajar. Masalah ini turut dialami oleh rakan-rakan & ahli keluarga yang lain yang kini sudah menjadi masalah setiap ibubapa.
- The Kembara ini disasarkan menjadi permainan alternatif untuk membantu anak-anak boleh terus belajar & menguasai pembelajaran subjek tanpa menghalang mereka untuk terus gembira untuk bermain permainan game.
- Penghasilan permainan video yang pertama untuk subjek Matematik, Kembara Math turut mendapat maklum balas positif daripada pengguna yang sukakan rekaan yang menarik & menjadi permainan alternatif untuk anak-anak.
- Kembara Math sudah dimuat turun melebihi 1,000 ibubapa yang boleh terus dimuat turun di Playstore & Appstore.
1. RAFIQ SHARMAN BIN KHAMIS
- Pengasas Raxbit Smart Solutions di mana syarikat ini membangunkan Mobile App & Games.
- Merupakan bekas jurutera di Intel Malaysia selama 12 tahun sebelum menceburkan diri sepenuh masa di dalam perniagaan.
- Game Kembara Math di bawah The Kembara telah memenangi GOLD & BEST Award di Sintok International Game & Gamification (SIGG 2022)
Must-Watch Video