HIBURAN
Instagram Akim Ahmad Kena Hack?
Laman Instagram milik penyanyi, Akim Ahmad dipercayai telah digodam oleh pihak tidak bertanggunngjawab pada Isnin.
Perkara tersebut mula disedari pengikut Akim apabila mula berkongsi gambar seraca rawak tanpa sebarang kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen setiap gambar yang dimuatnaik rata-rata peminat merasa pelik kerana pelantun lagu Rampas itu tidak pernah membuat hantaran seperti itu sebelum ini.
“Akaun kena hack tu.
“Apa ni kena hack ke account boshhh.
“Kim, IG kena hack kee.
“Konfem kena hack ! WOI PULANGKAN BALIK IG NI DEKAT AKIM !!!
“Sape plak hack abang ni bang,” tulis netizen.
Pihak pengurusan Akim Ahmad juga mengakui agak terkejut dengan situasi berkenaan dan akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kembali Instagram tersebut.
"Kami sendiri terkejut sebenarnya sebab tiba-tiba sahaja, Akim juga berharap akan dapat kembali Instagram tersebut kerana terlalu banyak kenangan yang dikongsikan sebenarnya dalam Instagram tersebut," katanya ketika dihubungi Gempak.
Must-Watch Video