Aplikasi popular Instagram bakal memperkenalkan fungsi terbaru iaitu menyembunyikan paparan 'likes' pada gambar yang dimuat naik oleh pengguna.

Fungsi tersebut kini diuji di tujuh negara termasuk Australia, Brazil, Ireland, Jepun, Itali, Kanada dan New Zealand.

Menurut kenyataan Instagram di laman Twitter, paparan 'likes' itu kini hanya mampu dilihat oleh pemilik akaun sahaja.

Ini bermakna pengguna tidak boleh melihat jumlah likes diterima oleh pengguna lain terhadap kandungan dimuat naik oleh mereka.

Jelas Instagram lagi, fungsi terbaru itu bertujuan untuk memberi ruang untuk pengguna lebih lebih fokus kepada kandungan dimuat naik berbanding terlalu memikirkan jumlah 'likes'.

"Ramai melihat 'likes' sebagai satu metrik kejayaan, malah ada yang sanggup membeli likes untuk menarik perhatian pengguna lain.

"Fungsi terbaru ini akan mengubah cara pemikiran pengguna," katanya.