Hiburan
Iqbal Zulkefli Kongsi Foto Dengan Diana Danielle, Siap Letak Kapsyen ‘Sweet’ - “Terima Kasih Telah Hadir Di Sisi & Hati saya”
Perkongsian foto usahawan dan pempengaruh Ahmad Iqbal Zulkefli dengan pelakon Diana Danielle di Instagram mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Ucapan terima kasih
Rata-rata netizen kurang senang dengan kapsyen ditulis oleh Iqbal yang mengucapkan terima kasih kepada Diana kerana hadir dalam hidupnya.
“Terima kasih telah hadir di sisi dan di hati saya. Terima kasih mengajar banyak kebaikan dalam hidup,” kongsi Iqbal.
Menerusi ruang komen, netizen menegur tindakan Iqbal menulis kapsyen yang dianggap akan mengundang fitnah memandangkan Diana masih lagi isteri kepada pelakon Farid Kamil.
Netizen tegur
“Diana kan masih isteri orang. Dia belum officially cerai kan?
“Masih isteri orang tu bang... kapsyen boleh menimbulkan salah faham pada Diana juga. Tolong edit balik kapsyen ya.
“Promo drama? Promo produk? Kalau ikutkan kapsyen memang mengundang fitnah tapi kita kenal Iqbal dan D. Jadi sendiri boleh fikir logik,” komen beberapa netizen.
Pertahankan Diana
Malah Iqbal turut dilihat menegur salah seorang netizen yang menuduh Diana mencari lelaki kaya dan menyenangkan.
“Jangan lantang begini kurang sopan. Diana Danielle kerja keras setiap hari demi anak-anak, sejak dulu. Tidak pernah pula minta macam-macam dari saya,” balasnya.
Selain itu, Iqbal juga ada membalas komen netizen yang mendoakan kebahagian Diana.
“Doakan kebahagiaan, rezeki dan perjalanan hidup @dianadanielleb dipermudahkan. D sangat baik, sentiasa positif dalam apa jua keadaan. Doakan ya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Enggan Cerai, Lantik Peguam Wakil JKP - "Saya Harap ..."
ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli Habiskan RM1 Juta Seminggu, Azhar Sulaiman Kata Angkuh, Tuan Badan Tegur - “Maafkan Saya, Abang Perlu Baca Penuh Baru Tahu Tujuan”
ARTIKEL BERKAITAN: Habiskan RM1 Juta Dalam Seminggu, Iqbal Zulkefli Dah Bosan Hidup Terlalu Mewah - “Beberapa Tahun lalu, Saya Boros…”
Must-Watch Video