HIBURAN
Irma Hasmie Berangan Naik Pelamin Lagi, Peminat Doa: “Insya-Allah Tak Lama Lagi Tu”
Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie mencuri perhatian apabila memuat naik sebuah video promosi dewan perkahwinan di akaun media sosial miliknya baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Irma seolah-olah sedang melakonkan watak sebagai pengantin perempuan.
Biarpun hanya berjubah gelap, gaya lakonannya yang bersahaja dan ekspresi wajah penuh emosi membuatkan netizen terhibur.
“Terpaling berangan, dah gigih rupa-rupanya majlis orang lain.
“Okey lah, saya nak pergi bertenang dulu. Lama tak berlakon kannn.. Kira ok jadi tak?”tulis Irma sambil berseloroh.
Menjengah ke ruangan balas, ramai netizen memberikan reaksi terhadap perkongsian tersebut seperti berseloroh menyangka Irma benar-benar bakal berkahwin sekali lagi.
“MasyaAllah suka tengok wajah Irma cantik dan tenang,semoga berjodoh sekali lagi dalam masa terdekat Insha-Allah,” komen netizen.
“Tak apa Irma berangan tu free Insha-Allah... Allah akan pertemukan dengan jodoh yang soleh..Aamiin,” doa netizen.
“Insha-Allah mudah-mudahan ada jodoh lain yang Allah nak bagi nanti kan... perkara baik kita doa-doakan,” tulis netizen lain.
“Tak lama lagi tu kak irma,” seloroh netizen.
Sekadar info, Irma dan mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Namun pada 2023, media melaporkan perkahwinan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer sudah berakhir.
Perkara itu disahkan rakan baik Irma menerusi Instagram Stories.
Must-Watch Video