Penerbit terkenal, Datuk A. Aida meluahkan rasa kurang senang dengan sikap lelaki berstatus suami orang yang kerap memandang wanita lain walaupun berada disamping isteri.

A. Aida menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya mendedahkan dirinya berasa malu apabila dipandang oleh suami orang ketika sedang berjalan.

“Malulah bila kita berjalan orang asyik dok pandang-pandang, ada tu sampai kena cubit dengan isteri.

“Kepada para suami tu, kalau isteri ada dekat sebelah tak payahlah mata tu asyik dok pandang perempuan lain je,” tegurnya.

Suami orang jangan menggatal

Malah, A. Aida juga turut menasihatkan agar lelaki yang sudah berumah tangga supaya menjaga kelakuan dan menghormati isteri dengan tidak memandang wanita lain apabila keluar bersama.

“Jagalah hati bini tu… Kalau dah depan bini pun buat perangai macam tu, dekat belakang macam manalah perangai tu ya. Okay bye,” coretnya.

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

A. Aida sebelum ini juga turut tidak bersetuju mengenai hal-hal yang melibatkan isu suami curang.

BERITA TRENDING: “Artis Yang Sekor Tu Tak Ada Orang Lain Ke Nak Ngorat” - A. Aida Blacklist Pelakon Bermasalah