Penyanyi Zahid Baharuddin mendedahkan isterinya iaitu Nurul Shuhada terpaksa berputih mata apabila dia kehilangan wang berjumlah RM4,250 dari akaun e-wallet.

Menurut Zahid, dia mengetahui perkara itu selepas melihat isterinya menangis dan menghubungi pihak bank untuk memaklumkan mengenai kehilangan wang tersebut.

“Bangun tidur saya lihat isteri menangis, lepas itu dia hubungi bank dan kemudian beritahu duit hilang dalam akaun e-wallet. Ini memang kerja ‘musibat’ sebab dia tahu hari gaji.

“Habis sebulan kumpul duit nak raya,” kata Zahid menerusi video yang dikongsikan di laman sosial.

Pada perkongsian yang sama, Zahid juga menitipkan pesanan kepada semua orang tidak menghubungkan akaun bank dengan e-wallet.

“Jadi kepada semua janganlah hubungkan e-wallet dengan akaun bank sebab kes ini dah banyak terjadi,” kata Zahid yang sudah membuat laporan polis susulan perkara itu.

Wang Sepatutnya Digunakan Untuk Belanja Bulanan

Dalam pada itu, Shuhada turut meluahkan rasa kesal akan kejadian yang berlaku kerana wang berkenaan sepatutnya digunakan bagi perbelanjaan bulanan.

“Kalau RM40 atau ratus boleh pejam mata. Ini RM4,250. Licin habis akaun aku. Aku ada komitmen nak bayar rumah, kereta. keluarga di kampung, makan, minyak dan tol. Semua itu siapa nak tanggung?

“Ada yang komen tiada rezeki saya. Tetapi itu mencuri duit hasil titik peluh orang. Kalau tak boleh tolong cukup dengan doa, bukan cakap perkara yang menyakitkan hati,”katanya.

BERITA TRENDING: Duit Tabung Habis Berjudi, Pemandu Lori Resah Sebelum Ditemui Meninggal Dunia

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin)