Komposer dan penyanyi Ajai mendedahkan dia kerap mendengar pengalaman seram yang dilalui oleh pendengar-pendengar lagu ciptaanya yang dijadikan runut bagi filem Pontianak Harum Sundal Malam iaitu Pulangkan.

'Berhantu'

Menurut Ajai, tidak hanya pendengar dan peminat, malah maestro tersohor Datuk Ramli MS atau Tok Ram juga pernah mengalami kejadian pelik ketika terlibat sebagai pengarah muzik Anugerah Juara Lagu Ke-19 (AJL19) yang menyaksikan lagu nyanyian Misha Omar itu bertanding sebagai finalis.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Dengar Lagu Pulangkan, Individu Dedah Rakan Sebilik Mimpi Dirinya Muncul Dengan Wajah Seperti Terbakar, Pakai Baju Orang Lama

“Banyak kali dah saya dengar. Tapi… ia hanya psikologi orang sahaja. Cuma, Datuk Ramli MS pun pernah kena dulu. Beliau cerita kepada saya, kejadian itu berlaku ketika Pulangkan tercalon sebagai finalis AJL19.

“Ketika itu, kayu konduktor beliau hilang. Beliau marah semua orang. Tapi akhirnya, benda tu ada di tempat yang beliau dah banyak kali cari.

“Ada juga yang terbawa-bawa (selepas mendengar). Jadi, bagi saya, lagu itu berhantu sebab ia mahu diingati orang,” jelas Ajai kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya Teruja Ketawa Disambut Suara Pontianak Sewaktu Penggambaran Filem Seram

Ajai mengulas mengenai satu hantaran viral di platform X oleh seorang individu yang mendakwa pernah mengalami kejadian seram selepas mendengar lagu Pulangkan bersama rakan sebiliknya.

Gangguan

Dalam pada itu, Ajai turut menasihati peminat supaya jangan lupa untuk membaca doa dan membasuh kaki sebelum tidur.

“Mana yang terbawa-bawa tu, lain kali tidur baca bismillah supaya diri terhindar daripada syaitan dan iblis. Kalau terbawa juga, maknanya dia peminat lagu itu,” katanya lagi.

Ditanya mengenai persiapan konsert Byajai & Mega Friends, Ajai berkata, dia menantikan hari bersejarah itu dengan rasa teruja.

“Sudah pasti lagu-lagu yang bakal dipersembahkan kelak bakal diberi nafas baharu dan susunan muzik baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan Bermulut Lancang, Ajai Respon - “Takkan Nak Bagi Komen Tak Jujur, Yang Tak Sedap Kata Sedap”

“Lagu Pulangkan tiada dalam setlist, sebab jika saya menyanyi solo, siapa pula ingin menyanyi bahagian penyanyi lelaki?

“Tidak mengapa, jika ada rezeki, mungkin kita akan jemput Misha Omar dan menyanyikan lagu ini untuk peminat,” tutup Ajai.

Dibawakan oleh Menara Network Sdn Bhd, tiket konsert Byajai & Mega Friends boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.