Laman Utama
Jadi Bahan Gosip, Marshanda Tarbiah Balik Netizen Batu Api - "Admin Akaun Gosip Pun Nak Cari Makan"
Pelakon dan penyanyi Indonesia, Marshanda tampil menyelar semula tindakan segelintir netizen batu api yang cuba melaga-lagakannya dengan media.
Kata Marshanda, 31, dia tidak kisah dirinya dijadikan bahan gosip atau berita tentangnya dikeluarkan kerana memahami kerjaya individu yang terbabit.
"Biarkan saja. Wartawan juga manusia, admin akaun gosip pun nak cari makan dan beri nafkah kepada keluarga dan anak-anak.
"Kalau saya jadi bahan kandungan saya bersyukur saja kalau itu boleh membantu orang lain meningkatkan engagement akaun mereka dan menambahkan exposure media mereka.
"Tak perlu busuk hati dan menganggap mereka memutarbelitkan fakta dan penyebar berita itu jahat," tegasnya.
Tambah pelakon sinetron Orang Ketiga itu lagi, gosip atau berita mengenai selebriti menjadi wardah untuk orang awam merehatkan minda daripada situasi yang melarat seperti sekarang.
"Pekerja media itu cuma berusaha untuk meneruskan kehidupan dan penikmat gosip itu cuma perlukan hiburan ringan di tengah hidup yang sudah banyak tertekan. Itu je," ujarnya.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial tampil mengadu kepadanya mengenai sepotong video lama dari platform YouTube diulang siar oleh beberapa portal media.
"Kak, video YouTube kamu ada di akaun gosip dan itu cuma potongan terus untuk dijadikan berita. Ramai yang termakan click bait," adu pengguna itu.
Must-Watch Video