Berita

"Jadi Lembik Orang Pijak Kepala Kita Macam Lapik Kaki" - Sharnaaz Ahmad

gempak
Rozaimi Zubaidi
20/03/2019
03:59 MYT
Sponsor Banner
"Jadi Lembik Orang Pijak Kepala Kita Macam Lapik Kaki" - Sharnaaz Ahmad
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui dirinya semakin kuat dalam menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sharnaaz berkongsi gambar terkininya dan berharap agar orang ramai tidak mudah mengambil kesempatan terhadap orang lain.
"Makin steady mamat dalam gambar ni. Bukan nak kata lah. Alhamdulillah. Semuanya dari Allah SWT.
"Im back much stronger and more powerful. Kadang kadang jadi garang baru orang takut, jadi lembik orang pijak kepala kita macam lapik kaki “welcome” oo.
"Tak apa aihhh Allah ada bersama orang yang sabar," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar Sharnaaz terus kuat dalam menghadapi dugaan dan terhibur dengan kapsyen yang dikongsikan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024