Pelakon Shakilla Khoriri mengakui bukan mudah untuk kembali aktif berlakon selepas melahirkan anak pertamanya, Ameena Sofia pada 14 Mac lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Shakilla menjelaskan berat badan merupakan salah satu faktor kenapa dia masih tidak menerima banyak tawaran untuk kembali berlakon.
"Bila kau sejenis orang yang suka pulun buat sorang kau mesti belajar jadi super power macam emak-emak zaman dulu. Nowadays segalanya mudah.
“Jadi mak yang ada kerjaya pun boleh jadi mudah sebab zaman moden yang serba serbi tersedia. Tinggal kau perlu ada duit dan sebuah hati yang kering.
"Ramai orang tanya dah tak berlakon ke? Kenapa tak shooting? Kenapa lepas beranak tak nak berlakon? Kenapa tak tinggal anak dekat pengasuh. Okay.
“First of all aku terlalu rindu nak berlakon. Kalau aku mampu, lepas beranak terus nak berlakon tapi aku kena reda dengan banyak perkara. Bila hati kau terbelah-belah antara kerjaya dan anak.
"Berat badan masih banyak antara satu faktor sebab aku hormat kehendak seorang pelakon. Semuanya nak nampak sempurna walau ada kalanya banyak hal yang aku perlu korbankan dan lupakan. Bagi aku, aku tak kisah sebab itu kerja dan kehendak kerja aku pada aku.
"Dalam aku rasa sedih bila Ameena tolak susu badan tapi aku dapat takut satu rahsia tersirat. Aku mudah bekerja dan tinggal Ameena. Aku tak perlu buat semua orang tunggu aku untuk pump susu kat location shooting.
“Aku tak perlu risau breast bengkak masa tengah kerja. Slowly aku rasa lega bila satu ketika dulu aku rasa loser tak dapat menyusu Ameena.
"Nasib aku baik lagi bila rumah parents aku dekat untuk aku hantar Ameena bila aku dengan Fizi kerja pagi cuma aku kena buka mata luas-luas seawal 6 am walaupun calltime 9 - 10 pagi.
“Settlekan Ameena satu, untuk tak datang lambat ke location dan susahkan satu production," tulisnya.
Tambah Shakilla, dia turut menasihati wanita diluar sana supaya sentiasa kuat dalam menjalakan tanggung jawab sebagai seorang ibu dan isteri.
"Aku tahu setiap apa yang kita nak buat demi family, Allah akan permudahkan. Slowly aku dapat managed Ameena, rumah dan kerja. Aku kerja tak stress. Rindu anak tu wajib. Aku kan emak.
"Tulisan panjang ni aku cuma nak cakap, jadi seorang perempuan kau jangan lembik. Manja dengan suami takpa tapi kau kena jadi lebih kuat dari suami. Sebab kau adalah perempuan dan emak.
"Zaman perempuan lembik yang selalu end up dengan perkataan tak sempat, penat, tak ada masa dah lapuk. Lagi cepat masa berlalu sekarang kau kena lagi alert! Kau kena lebih atau sama cepat dengan masa. Aku pun manusia, adakalanya aku penat tapi aku cuba sebab aku seorang isteri dan emak," tulisnya.
Sebelum ini, Shakilla dan suaminya, penyampai radio Fizi Ali telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikuriakan seorang anak.