Laman Utama

Jaja Ishak Tiada Masalah Terus Bekerjasama Dengan Hafidz Roshdi - "Dia Berdisiplin, Call Time Bagus, Harga Ok"

gempak
Amri Hassan
09/04/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
Jaja Ishak Tiada Masalah Terus Bekerjasama Dengan Hafidz Roshdi - "Dia Berdisiplin, Call Time Bagus, Harga Ok"
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.
Kata Jaja yang pernah dua kali bekerjasama dengan Hafidz, dia bagaimanapun perlu mempertimbangkan keputusan stesen televisyen setiap kali nama senarai pelakon dicadangkan untuk sesebuah drama.
"Dia pernah berlakon dua kali dengan saya, cuma sekarang belum ada keperluan untuk saya panggil dia. Tapi, sekiranya ada watak bersesuaian dan stesen televisyen approved, saya okey saja. Saya tiada masalah pun dengan dia," katanya ringkas.
Jaja ketika ditemui pada majlis iftar bersama media di Hotel Royal Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui Hafidz punyai sikap yang bagus sepanjang bekerja dengannya.
"Dia ada shoot dengan saya tahun lepas dan tiada masalah, ramai selesa bekerja dengan dia. Mungkin itu adalah masalah peribadi dia, saya pun tak berani nak masuk campur.
"Call time dia bagus, berdisiplin dan boleh bawa berbincang. Ketika shooting zaman PKP pun dia sangat memberikan kerjasama. Harga pun sangat okey," tambah Jaja.
Ditanya tentang risiko mengambil pelakon bermasalah dalam set drama hingga boleh mengganggu rating, jawab Jaja hal itu bersifat subjektif.
"Itu subjektif, penonton kita cakap nak cerita begitu begini, tapi hujung-hujung tengok juga cerita anak orang kaya, rumah besar. Kita letih buat cerita-cerita hujung kampung," ulasnya.
Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live