Berita
"Jangan Kata Aku Buli Laki"- Ozlynn Tunjuk Johan Bantu Basuh Baju Guna Tangan
Pelakon Ozlynn akui bangga apabila suaminya, Johan Raja Lawak seorang lelaki yang suka membantu melakukan kerja rumah bersama tanpa mengharapkannya sebagai isteri sahaja.
Ozlynn menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik sebuah video Johan sedang membasuh baju keluarganya menggunakan tangan di dalam bilik air sambil menyanyi.
Pelakon itu memberitahu video itu menunjukkan suaminya gembira dan dengan rela hati membantu melakukan kerja rumah.
Ozlynn turut memberi amaran supaya peminat tidak menuduhnya membuli suami kerana baginya kerja rumah patut dilakukan bersama dan bukanlah tanggungjawab isteri seorang sahaja.
Malah dia beritahu anak-anaknya juga sering membantu mereka membuat kerja rumah.
Ozlyn turut berpesan kepada isteri supaya tidak terlalu terbeban dengan kerja rumah sahaja.
Baginya, isteri juga perlu ada masa untuk menjaga diri supaya kecantikan tubuh tidak terabai untuk tatapan suami.
Rata-rata peminat berpendapat Ozlynn bertuah kerana mendapat suami yang suka membantu kerja rumah serta memuji sikap Johan sebagai suami.A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Foto/video: Instagram @jozlynnhanania
Must-Watch Video