VIRAL
"Jangan Nampak Diri Sendiri Bodoh!" - Pesan Azhar Sulaiman
Pelakon Azhar Sulaiman sentiasa berpesan dan mengingatkan anak-anaknya agar menggunakan media sosial dengan cara berhemah.
Tegas Azhar, 47, dia turut memantau media sosial anak-anaknya dan sentiasa terbuka menerima teguran dan pandangan orang sekeliling termasuk netizen.
"Walaupun sehingga kini saya belum menerima sebarang mesej atau komen negatif berkenaan anak-anak saya, tetapi saya perlu sentiasa berwaspada.
"Sebab itulah, saya sentiasa menasihati mereka untuk menggunakan media sosial dengan bijak, jangan jadi bodoh!
"Setiap gerak geri mereka orang akan sentiasa perhati," katanya kepada Gempak.
Azhar dikurniakan tiga cahaya mata Kasih Leia Ixora, 20 dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 16 tahun hasil perkahwinannya dengan Chempaka Emalin Pahamin.
Azhar ditemui pada majlis pelancaran drama online Projek Dapat Baby dan Najwa Medispa di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.
Drama itu menggandingkannya dengan Rita Rudaini, Tony Eusoff, Fikry Ibrahim, Eyka Farhana, Aida Rahim dan ramai lagi.
Projek Dapat Baby boleh ditonton menerusi saluran YouTube dan Facebook Najwa Medispa mulai 30 Julai setiap hari Isnin dan Selasa pukul 1 petang.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @azharbsulaiman
Must-Watch Video