Laman Utama

Jangan Provokasi, PDRM Buat Persediaan Rapi Konsert Coldplay Malam Ini

gempak
Maliah Surip
22/11/2023
11:55 MYT
Sponsor Banner
Jangan Provokasi, PDRM Buat Persediaan Rapi Konsert Coldplay Malam Ini
PDRM telah membuat persiapan rapi dengan melibatkan pelbagai jabatan dan unit dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin ketika konsert Coldplay berlangsung.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin memaklumkan, PDRM akan menjalankan pemeriksaan tubuh badan dan beg serta barangan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium.

BERITA TRENDING: Azadan Rabbani Pesan Hindari Coldplay, Pilih Konsert Kerohanian - “Rosak Akhlak, Ada Pergaulan Luar...

"PDRM tidak akan bertanggungjawab terhadap barang larangan yang telah dirampas semasa pemeriksaan di pintu masuk ataupun dalam kawasan perkarangan stadium," katanya.
Antara barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium adalah mercun, bunga api, suar, pen laser, topi keledar, sebarang objek tajam, minuman keras, rokok, pemetik api, drone dan pembesar suara.
Orang ramai diingatkan supaya menjaga tatasusila, tidak melakukan provokasi dan tidak mencetuskan kekacauan semasa atau selepas konsert berlangsung.
Beliau menjelaskan, PDRM akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana kes melibatkan pelanggaran undang-undang.
Katanya, orang ramai diminta mengelakkan melalui jalan-jalan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil jika tidak bertujuan menonton konsert itu bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Selain itu, orang ramai juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menonton konsert tersebut.

BERITA TRENDING: Chris Martin ‘Buat Hal’, Ikut Trend Nak Pinjam Seratus Waktu Konsert Coldplay

Dijangka seramai 75,000 orang penonton akan hadir bagi menyaksikan konsert berkenaan. Pintu masuk stadium akan dibuka pada jam 6.00 petang.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live