Skip to main content

Berita Tempatan

"Jangan Segan-Segan Nak Bermimpi, Kerana Mimpi Itu ....." - Yana Samsudin

yana_3.jpg
Pelakon Yana Samsudin tampil berkongsi beberapa tips kepada pengikutnya di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Yana menjelaskan tidur nyenyak mampu membuatkan seseorang itu mempunyai badan yang segar pada keesokan harinya.

"Assalamualaikum. Doktor pesan, nak tahu kita nyenyak tidur ataupun tidak. 
Kita mesti ada mengalami mimpi. 

"Mimpi itu indah sebab kita boleh jadi macam-macam dan nampak macam-macam yang kita tak pernah terfikirkan. 

"Nampak pokok bercahaya, berenang, terbang dan macam-macam lagi tanpa had.

"So jangan segan segan nak bermimpi, kerana mimpi itu kayu ukur kita tidur nyenyak.
 

"Kalau kita tidur nyenyak esok pagi kita bangun dari tidur dengan badan yang segar! Muka pun berseri seri," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yana dan berharap agar dia dapat berkongsi lebih banyak tips pada masa akan datang.


 

Must-Watch Video

Advertisement