Gaya Hidup
Jangan Stress Bila Jumlah Like Kurang - Ini Sebab Kenapa Instagram Sembunyikan Jumlah Like Anda
Laman sosial popular, Instagram bakal menyembunyikan jumlah ‘like’ dan ‘view’ pada gambar dan video yang bakal anda muat naik nanti.
Hal ini terjadi untuk mengurangkan persaingan dan membuatkan anda ‘kurang tertekan’ apabila menggunakan aplikasi Instagram.
"Kami mahu orang ramai tidak berasa stress dan risau kerana jumlah like yang mereka akan terima. Kami hanya mahu Instagram dijadikan medium berhubung," kata Ketua Instagram, Adam Mosseri menerusi Washington Post.
Sedang dalam frasa percubaan, Instagram masih berfungsi seperti biasa di mana anda bebas untuk memuat naik sebarang gambar dan juga video.
Apa yang bezanya, pengikut anda tidak lagi boleh melihat berapakan jumlah ‘like’ dan ‘view’ yang telah diterima.
Hanya pemilik akaun sahaja yang boleh menyemak data yang diperolehi.
Namun, menerusi beberapa kajian juga, menyembunyikan ‘like’ dan ‘view’ boleh mencipta beberapa masalah baru.
Antaranya, ia menjadikan pengikut kurang ‘menyokong’ entri teman, personaliti sosial media ataupun selebriti pujaan mereka.
Must-Watch Video