Gaya Hidup

"Janji Kusyuk Dan Aurat Terjaga" - Eyra Hazali Solat Sambil Dukung Anak

gempak
Badrul Hashim
08/01/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
"Janji Kusyuk Dan Aurat Terjaga" - Eyra Hazali Solat Sambil Dukung Anak
Pepatah Melayu ada berkata, 'hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih'. Bermakna, kalau kita betul-betul ingin melakukannya, kita akan cuba sedaya upaya kita mencari jalan yang betul untuk melakukannya.
Begitulah perkongsian pelakon Eyra Hazali tentang soal menunaikan solat untuk ibu yang mempunyai anak kecil dan sukar untuk ditinggalkan sendirian.
"Solat itu wajib,tak kira dalam keadaan apa pun, pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah. Before this tak tahu, if Hayder cranky,dia nangis teruk memang biar je nangis.
"Sampai eyra terfikir, takkan takda cara? Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk,nak dukung saja," kongsi Eyra dalam satu video pendek di Instagram miliknya.
Menurut Eyra, apa yang perlu dilakukan adalah menenangkan anaknya dan mendukung sambil menunaikan solat.
"Alhamdulillah, eyra jumpa cara and sangat-sangat mudah. Dukung, if dia still nangis, tenangkan saja, tak batal pun, janji kusyuk and aurat terjaga.
"Tengok la Hayder,time dukung elok,bila letak mengada-ngada nak juga guling. Semoga bermanfaat untuk kita semua," kongsi Eyra lagi.
Ramai teman-teman selebriti dan peminat turut mengucapkan terima kasih dengan perkongsian Eyra tersebut.
Gempak turut merujuk perkara tersebut di portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan dan terdapat perkongsian mengenainya.
Hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Al-Ansari R.anh beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يُصَلِّي وَهْوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَلأَبِي الْعَاصِ بْنِ رَبِيعَةَ بْنِ عَبْدِ شَمْسٍ، فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا، وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah menunaikan solat dalam keadaan baginda memikul/mendukung Umamah Binti Zainab Binti Rasulillah S.A.W, dan dia merupakan anak kepada Abu Al-‘Ash bin Rabi’ah bin ‘Abd Syams. Apabila baginda sujud, baginda meletakkannya. Dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya.
Riwayat Al-Bukhari (516).
Begitu juga berdasarkan sebuah riwayat lain yang juga daripada Abu Qatadah R.anh beliau berkata:
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ أَبِي الْعَاصِ عَلَى عَاتِقِهِ فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ سُجُودِهِ أَعَادَهَا
Maksudnya: Aku melihat Rasulullah S.A.W menjadi imam kepada orang ramai dalam keadaan beliau mendukung Umamah binti Abi Al ‘Ash di atas tengkuk baginda. Apabila baginda rukuk, baginda meletakkannya dan apabila baginda bangun baginda mengangkatnya semula.
Riwayat Al-Nasai (827)
Berdasarkan hadis-hadis yang telah disebutkan, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W memang pernah melakukan solat sambil memikul kanak-kanak.
Kredit Gambar: Instagram Eyra Hazali
Rujukan: Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live