Hiburan

Jari Tengah Patah 3 Ketika Jalani Penggambaran Filem, Amir Nafis Anggap Kecuaian Sendiri - “Tangan Saya Dah Tak Boleh Nak…”

gempak
Asyikin Mayudin
09/02/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Jari Tengah Patah 3 Ketika Jalani Penggambaran Filem, Amir Nafis Anggap Kecuaian Sendiri - “Tangan Saya Dah Tak Boleh Nak…”
Pelakon Amir Nafis berkongsi pengalaman menjalani penggambaran filem seram lakonannya iaitu Dajal Satu Malam Di Pedajal yang sudah ditayangkan di pawagam sejak 6 Februari lalu.

Adegan dicekik

Amir atau nama sebenarnya Amir Nafis Ma’arof mendedahkan jari hantu tangan kirinya patah ketika sedang melakukan adegan dicekik dalam filem arahan Pierre Andre itu.
"Sebenarnya ketika ‘shooting’ filem ini, jari tangan saya patah iaitu jari tengah tangan kiri. Insiden itu berlaku dua hari sebelum tamat penggambaran.

"Ketika itu sedang lakukan babak saya dicekik. Bukan salah orang lain, tapi silap saya sendiri sebab salah ‘landing’ tangan.

"Walaupun jari saya patah, penggambaran tetap diteruskan. Namun ada beberapa perkara yang terpaksa di ‘compromise’ oleh kru,” kongsi Nafis kepada Gempak.
Nafis berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di malam gala tayangan filem Dajal Satu Malam Di Pedajal yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tak boleh genggam

Mengambil masa sebulan untuk pulih, pelakon berusia 33 tahun itu bagaimanapun memberitahu, tangannya kini tidak boleh digenggam sepenuhnya.
"Waktu dah patah itu, saya tak rasa sakit, hanya rasa kebas. Kebetulan ada kru di set yang tahu fasal tulang, dia bantu saya. Dia kata tulang saya patah tiga.

"Kemudian baru saya pergi jumpa doktor. Sebulan lebih juga untuk pulih sepenuhnya. Namun kesannya sehingga kini, tangan saya sekarang dah tak nak genggam penuh,” katanya.

Filem terbitan Metrowealth Pictures sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 Februari.
Selain Amir, filem itu turut dibintangi Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan, Jay Iswazir, Dai Syed, Jaja Iliyes dan Hanna Halim.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024