Skip to main content

Berita Tempatan

Jasmin Hamid Bersuara Sikap Pelakon Tak Reti Hormat Pengarah... Siapa Tu?

jasmin.jpg
Aktres Jasmin Hamid meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pelakon yang tidak menghormati pengarah ketika berada di set penggambaran.

Menurut Jasmin, 47, sebagai pelakon, sudah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengikut dan patuh pada arahan yang diberikan oleh individu yang duduk di kerusi sutradara. 

"Waima siapa pun tuan pengarah, bila dah duduk di kerusi pengarah, semua pelakon dan tenaga kerja harus hormat dan patuh dengan arahan tuan pengarah walaupun tuan pengarah tersebut jauh lebih muda daripada pelakon.

"Jangan jadi segelintir pelakon yang tidak hormat dengan tuan pengarah disebabkan populariti tengah memuncak," luahnya menerusi satu entri di Instagram.

Lebih buruk lagi, kata Jasmin, ada antara pelakon generasi kini yang bersikap sambil lewa dalam melaksanakan tugasan selain tidak fokus.

"Apabila tuan pengarah beri arahan, tolong dengar betul-betul, bukan main telefon. Lepas tu lakonan ke laut dalam, menyusahkan semua orang!

"Bila ditegur kesalahan lakonan dan perangai, terus mengadu dengan stesen televisyen. Lepas tu tuan pengarah akan direhatkan oleh stesen televisyen," kongsinya.

Menurut Jasmin, jika ingin kekal lama dalam industri, sifat sombong dan angkuh sebegitu perlu dibuang jauh-jauh lebih-lebih lagi jika nama sedang memuncak.

"Saya kurang senang apabila tengok pelakon dan tenaga kerja tidak hormat dengan tuan pengarah, ibarat tidak hormat dengan pemimpin. Umpama cikgu tegur anak murid, mak bapak serang cikgu balik.

"Ini ada kes yang sesetengah pelakon tak kenal pun siapa tuan pengarah. Patutnya bila datang set, cari tuan pengarah dulu dan kenalkan diri siapa kamu dan beritahu kamu pegang watak apa. Bincang dengan tuan pengarah tentang watak, bukan terus masuk set dan tunjuk lagak.

"Hormat menghormati amat penting kalau nak kekal lama dan sayang kerjaya," tulisnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Waima siapa pun Tuan Pengarah, bila dah duduk di kerusi Pengarah, semua Pelakon dan Tenaga Kerja harus hormat dan obey dengan arahan Tuan Pengarah walaupun Tuan Pengarah tersebut jauh lebih muda dari pelakon.. . . Jangan jadi SEGELINTIR pelakon yang tidak hormat dengan Tuan Pengarah sebabkan popularity tengah memuncak.. Bila di tegur kesalahan acting dan attitude , terus mengadu dengan TV Station.. Lepas tu Tuan Pengarah akan di rehatkan oleh TV Station.. Bila Tuan Pengarah bagi arahan, tolong dengar betul-betul.. Bukan main HP . Lepas tu acting ke laut dalam..menyusahkan semua orang! Kalau ada idea, tak salah berkongsi pendapat dengan Tuan Pengarah.. Bukan buat pandai sendiri! Kalau tak nak terima arahan Tuan Pengarah, kamu jelah yang jadi Pengarah.. . . Ini ada kes yang sesetengah Pelakon tak kenal pun siapa Tuan Pengarah.. Patutnya bila datang set, cari Tuan Pengarah dulu dan kenalkan diri siapa kamu dan beritahu kamu pegang watak apa.. Discuss dengan Tuan Pengarah tentang watak.. Bukan terus masuk set dan tunjuk lagak. Saya kurang senang bila tengok Pelakon dan tenaga kerja tidak hormat dengan Tuan Pengarah.. Ibarat tidak hormat dengan LEADER.. .umpama Cikgu tegur anak murid, mak bapak serang cikgu balik.. ??? . Hormat menghormati amat penting.. Kalau nak kekal lama dan sayang kerjaya. Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #director #pengarah #moviemaking #themakingof #behindthescenes #hebatbukan

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


Luahan Jasmin itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikut termasuk penggiat seni yang bersetuju dengan apa yang dilontarkannya itu.

Jasmin merupakan pelakon senior yang mula berkecimpung dalam industri sejak 1990 menerusi filem Boss.

Sepanjang pembabitannya hampir tiga dekad, Jasmin pernah memenangi beberapa anugerah termasuklah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997.

Must-Watch Video

Advertisement