Usai menjayakan konsert Shila Amzah Journey To The Future Live Tour di Plenary Hall, KLCC malam tadi, penyanyi popular Shila Amzah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories Shila dan teman rapatnya, Ubai, penyanyi itu difahamkan diserang asthma dan mendapatkan rawatan nebulizer serta drip.

"Gagal," kongsi Shila ringkas berserta emoji menangis di Instagramnya dalam keadaan yang masih bersolek selepas tamat konsertnya.

Begitupun, individu yang paling istimewa pastilah Ubai yang setia menemani Shila ketika menerima rawatan di katil hospital.

Tulis ubai pula; "Get well soon", bersama satu lagi hantaran bersulam GIF hati dan lagu-lagu popular Shila seperti Patah Seribu, Jauh Hati, Khilaf Asmara dan Masih Aku Cinta.

Balas Shila daripada hantaran Ubai; "Ya Allah sempat."



Gempak masih cuba untuk mendapatkan respon dari Ubai dan Shila.