Laman Utama
"Jenis Mak Bapak Tak Reti Didik Anak" - Anak Sulung Nora Ariffin Marah Ibu Kena Fitnah Lagi
Anak sulung kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan, 28, berang apabila ibunya sekali lagi difitnah selang beberapa minggu.
Mohd Syakir menerusi ciapan di Twitter menyelar tindakan seorang pengguna laman sosial berkenaan yang sudah kali kedua menabur fitnah terhadap ibunya.
Advertisement
"Siapa yg dengar cakap @zack_rockstar tu memang kena bodoh camtu je hahahahahahahaha teruskanlah sebar fitnah sebab family aku meanmg takkan maafkan since dah dua kali hang buat taik. Buat malu arwah bapak hang je weh.
"Moga Allah je lah balas dosa memfitnah hang. Jenis mak bapak tak reti didik anak ni, ni la hasilnya," tulisnya di Twitter.
Sebelum ini, akaun sama @zack_rockstar mendakwa pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu telah mengahwini Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Namun, perkara terbabit dinafikan kedua-dua belah pihak.
Terbaharu, pengendali akaun sama mendedahkan salinan sijil pernikahan yang didakwa milik Nora dan Annuar.
Bagaimanapun, Nora tampil menepis spekulasi tersebut namun mengakui pernah menerima lamaran pernikahan namun bukan daripada Annuar seperti yang didakwa sebelum ini.
BACA: Nora Nafi Sudah Bernikah Dengan Annuar Musa Di Selatan Thai, Mengaku Terima Lamaran Lelaki Lain
Buntu dengan fitnah terhadap ibunya itu, Mohd Syakir menganggap tindakan menularkan kisah tidak tepat itu akan mendapat ganjaran setimpal.
"Tak pasti apa niat kamu. Cuma percayalah, ini kali kedua dia mencetuskan fitnah sama mengenai Annuar Musa berkahwin dengan ibu saya.
"Kalau kamu okey apabila orang memfitnah kedua-dua ibu bapa anda jadi kamu pun sama dengan individu itu," tambahnya lagi membalas komen pengguna lain.
Sekadar info, Nora mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 1992.
Pasangan itu dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Johan telah meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada 13 Disember 2019 ketika berusia 20 tahun.
Must-Watch Video