Pelakon Luqman Hafidz terpaksa akur watak yang dinanti-nantikan dan telah dijanjikan oleh seorang pengarah telah digantikan dengan pelakon lain.
Menurut Luqman pada mulanya dia musykil mengapa watak itu tidak diberikan kepadanya namun akhirnya percaya pada rezeki Tuhan.
“Susunan Tuhan tu kita jangan persoalkan. Jika itu rezeki kita, maka tetaplah rezeki kita. Jika bukan, ada yang menanti untuk kita.
“Setelah selesai satu supertele watak gangster di sebuah digital platform, aku dijanjikan sambungannya yang bakal disirikan kepada beberapa episod.
“Jenuh simpan rambut menunggu, sehingga terpaksa tolak banyak tawaran berlakon yang memerlukan rambut di potong.
“Tahu-tahu latihan fighting scene cerita tersebut bermula dan watak aku digantikan dengan pelakon lain.
“Entah hal apa yang terjadi, seingat aku director langsung tiada masalah dengan lakonan ataupun attitude di set. Tapi takpelah, aku anggap tiada rezeki,” luahnya.
Luqman berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Namun Luqman gembira kerana dia ditawarkan untuk memegang watak tentera oleh satu produksi lain.
“Tepat waktu itu, aku di panggil oleh @zanaentertainment untuk mengahadiri casting secara tertutup, aku sentiasa percaya kepada proses casting kerana di situlah aku bermula.
“Alhamdulillah rezeki , director @mzulkarnainazhar dan @hammer.ops menyatakan mereka sendiri personally “hand pick” aku untuk watak tersebut.
“Terima kasih untuk kepercayaan ini. Koperal Azran Ahmad callsign “Gaban”, marksman. Paskau. Air Force,” kongsinya.
Bakat lakonan Luqman mula dicungkil selepas membintangi filem Ola Bola The Musical pada tahun 2016.
Syafiqah Jalal
Thu Apr 08 2021


“Ahli Politik Pun Kena Troll” - Penonton Terhibur Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang
Haa, bukan sebarangan troll.
.jpg?ext=.jpg)
Kacak-Kacak Semuanya! Semak 5 Pemenang Bachelor of Malaysia Yang Akan Bertanding Di Peringkat Antarabangsa
Acara diadakan secara virtual!

CL Tertekan Diminta Lakukan Pembedahan Plastik Kerana 'Tak Cukup Cantik'
dunia Korea Selatan memang tidak asing dengan dunia pembedahan plastik

Burgernita Bantu Wanita Jana Pendapatan, Pilih Zarina Zainuddin Sebagai Jurucakap Projek
Burger Sarang Burung? Fuhhhhh!

Dituduh Terlibat Penggubahan Wang Haram, Ezlynn Buat Laporan Polis & Nak Saman Dua Pihak!
Rasakan kepada yang sebar maklumat palsu! Kan dah kata, tak pasti jangan kongsi...

Sultan Johor Berkenan Sedia & Edarkan Bubur Lambur Kepada Rakyat
Daulat Tuanku...
.jpg?ext=.jpg)
#OhAbeNik: Macam Hotel! Intip Kediaman Mewah 4 Tingkat Milik Irwansyah & Zaskia Sungkar!
Cantiknya rumah baru Irwansyah & Zaskia Sungkar!

Semakin Mendapat Perhatian, Khodi Cabar Diri Pula!
Semakin meraih perhatian peminat tempatan, kerancakan karier muzik penyanyi, Khodi nampaknya semakin terserlah.

Uniknya! Idea Baru Duit Raya, Kini Dalam Bentuk Wafer Emas 999
Seronok lah dapat duit raya emas!

"Kalau Betul Dah Lama Keluar Surat Khabar" - Chef Wan Sifatkan Dakwaan Serina Terlibat Kartel Dadah Sebagai Fitnah
Menurut Chef Wan, dakwaan itu tidak benar dan dia telah menerima khabar berunsur fitnah mengenainya sejak lebih sebulan lalu.