Jijik! Tergamak Guna Sumber Air Tandas, Kilang Roti Ini Akhirnya...
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila sebuah premis kilang roti didapati beroperasi dengan keadaan kotor dan meloyakan.
Perkara itu didedahkan menerusi satu posting Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Facebook rasminya.
Menerusi posting berkenaan, DBKL menyatakan pihaknya telah menutup premis tersebut yang terletak di Jalan Kuchai Lama.
“Tahap kebersihan premis tidak memuaskan di mana bahan mentah dan penyediaan makanan diletakkan atas lantai.
“Lantai basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding tempat penyediaan makanan kotor dan berdaki hitam,” katanya pengendali akaun tersebut.
Menurut pihak DBKL lagi, peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan juga dalam keadaan kotor dan usang.
“Mereka menggunakan sumber air dari tandas yang kotor, malah terdapat kesan najis tikus di kawasan stor peralatan dan bahan mentah.
“Sehubungan dengan itu, Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 25 September 2020 telah dikeluarkan.
“Pemeriksaan dan pemantauan seumpama ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa,” katanya.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan berkenaan.
Malah, ramai yang tidak menyangka kilang berkenaan terlalu kotor hingga menimbulkan rasa loya.