BERITA
"Jika Dia Tersentuh Tangan Anak Saya Sekalipun, Berkali-Kali Dia..." - Isu Gambar Lucah, Ayu Puteh Yakin Foto PU Riz Disunting
Penerbit filem, Datuk Ayu Puteh yakin bahawa foto lucah mirip Pencetus Ummah (PU) Riz disunting untuk memfitnah pendakwah itu.
Menurut Ayu, terkejut apabila menerima berita mengenai perkara itu kerana dia sendiri mengenali PU Riz dan telah bekerjasama dengannya dalam sebuah filem terbaru.
"Saya yakin foto yang dikatakan mirip Riz itu disunting untuk memfitnah dirinya yang sedang mencipta nama sekarang.
"Saya terkejut apabila menerima berita itu, kerana saya sudah mengenalinya yang sentiasa menjaga adab, mustahil untuk dia lakukan perkara sebegitu.
"Tak mungkin Riz sengaja mengambil gambar lucah sedemikian rupa, sedangkan ketika penggambaran, jika dia tersentuh tangan anak saya (pelakon Wanna Ali) sekalipun, berkali-kali dia minta maaf," katanya kepada Gempak.
Ayu ditemui di Majlis Jamuan Hari Raya Pencil Pictures & Records bersama Pusat Tahfiz Syabab yang diadakan di Kepong, Kuala Lumpur semalam.
PU Riz membintangi sebuah filem terbaru terbitan Pencil Pictures & Records yang berjudul Ada Apa Dengan Dosa.
Pagi semalam, tular foto lucah seorang lelaki yang memegang alat sulit dikatakan mirip PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail.
Difahamkan, Riz menafikan foto itu adalah dirinya dan telah membuat laporan polis berkenaan penyebaran gambar lucah terbabit.
Must-Watch Video