Pelakon, Bella Astillah sanggup bersengkang mata hingga lewat malam demi mencari rezeki untuk keluarga.

Menurut Bella, sejurus pulang dari kerja dia akan memberikan fokus terhadap perniagaannya dengan membuat kuih raya untuk dijual.

“Balik lewat malam tu buat sambil tengok Korea, Bella jual juga tapi memang homemade, memang buat dekat rumah.

“Rumah tu dah macam kilang, Bella buat sendiri jual Almond London, Batang Buruk, Kuih Makmur, Red Velvet Cookies.

“Ni baru merancang nak tambah lagi Semperit Rainbow,” ujarnya.

BERITA TRENDING: “Red Velvet Cookies & Batang Buruk Air Tangan Saya” - Bella Astillah Berniaga, Gigih Cari Rezeki

Bella berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok Inayah Beauty Trading.

@inayahbeautytrading Selain jadi perempuan cantik bella ni pandai buat cookies ?#bellaastillah #aliffaziz #fyp #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #bellaastillah #aliffaziz #ruhainies #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop ♬ Common Geese - DJ BAI

Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen memuji semangat Bella yang kembali bangkit selepas dugaan besar menimpa dirinya.

Malah mereka juga turut memberikan kata-kata semangat buat pemilik nama lengkap Dayang Nabellah Awang Astillah ini.

Antara komen yang diterima:

“Bella ni nasiblah pandai buat serba serbi. Kalau dia kehilangan suami pun sekurangnya dia ada income sendiri. Bijak sangat Bella,”

“Patut di contohi, jadi perempuan di luar sana mana-mana yang sakit hati pasal lelaki, bangkitlah jadi macam Bella,”

“Inilah wajah wanita yang bakal berjaya. Dicurangi, tetap tabah besarkan anak, rajin usaha cari rezeki, Insya-Allah,”

Terdahulu, nama Bella menjadi hangat di media sosial sejak Sabtu lalu apabila suaminya, pelakon Aliff Aziz didakwa ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominum mewah di ibu negara.

BERITA TRENDING: "Beri Ruang Pada Bella" - Didi Astillah

Ruhainies dan Aliff turut tampil memohon maaf di laman Instastory masing-masing selain memberitahu mereka akan berkongsi kisah sebenar yang terjadi