Berita baik buat peminat Korea kerana Astro menawarkan saluran baru, K-Mania untuk hiburan K-Pop terbaik.

Memulakan siaran pada hari ini, K-Mania menawarkan pelbagai jenis program termasuk rancangan muzik, drama, rancangan realiti, dan juga konsert yang mengetengahkan kumpulan K-pop terbesar termasuk BTS, Blackpink, EXO, Twice, GOT7, Red Velvet, NCT 127, Mamamoo, IZ*one, Kang Danial (Wanna One), Gfriend, Monsta X dan ramai lagi.

Tidak cukup dengan itu, para pelanggan Astro juga boleh menonton rancangan-rancangan popular Korea seperti Running Man dan Weekly Idols.

Manakala drama-drama terkenal (Hwarang, Rich Man), rancangan reality (Real Men 300, Coffee Friends, Dangerous Beyond The Blankets) juga ditayangkan.

Tidak dilupakan juga konsert istimewa hujung minggu termasuklah Kcon New York 2019, SBS Gayo Daejon 2018, SBS Super Concert Suwon, SBS Super Concert Gwangju juga tidak dilupakan.

Jadi jangan lupa untuk menonton hiburan K-Pop terbaik di K-Mania (saluran 390) bermula 20 Disember hingga 2 Januari 2020.

Pelanggan Astro juga boleh menikmati K-Mania menerusi Astro GO, on demand dan di kaca televisyen.