Pelakon veteran, Norlia Ghani mendedahkan perbezaan cara artis pada waktu dahulu menerima publisiti daripada media berbanding dengan selebriti masa kini.

Menurut Norlia, ketika itu zaman kegemilangan surat khabar dan majalah, hal-hal peribadi selebriti tidak terlalu digembar-gemburkan, lebih-lebih lagi tanpa kewujudan media sosial dan juga internet.

BERITA TRENDING: "Penat Kerja Tak Dapat Hasil" - Norlia Ghani

“Saya rasa, ketika zaman surat khabar dan majalah dahulu, peribadi kita lebih terjagalah. Kalau reporter dulu, walaupun dia tahu kita ni ada gosip, tapi mereka tidaklah meletakkan isu berkenaan secara terang-terang, sebab mereka mahu menulis.

“Tapi sekarang ni, kadang-kadang reporter tak tulis, artis sendiri yang keluarkan. Buat live memberitahu perihal dirinya. Kualiti artis tu… jauh beza,” katanya kepada Gempak.

Norlia, 75, berkata, disebabkan ada segelintir artis yang berbuat demikian, selebriti lain turut menerima kesan yang sama.

“Kadang-kadang disebabkan seorang berperangai seperti itu, orang lain anggap kita semua artis sama. Murah, kurang ajar and all that.

“Kalau dulu tiada… Cuma reporter sahaja yang menulis. Mereka pun ada etika. Sekarang ni tak boleh nak salahkan press ke apa. Maknanya sendiri buka kain sendiri,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: “Apa Rasanya Bila Orang Cakap Buruk Pasal Mak Kamu” - Kavita Sidhu Minta Netizen Hormati Norlia Ghani