Hiburan

Kak KM Jawab Dakwaan Menipu Keputusan SPM Anak - "Berlaku Kekeliruan, Kita Tunggu & Lihat Pada Rezeki"

gempak
Amri Hassan
08/06/2024
08:48 MYT
Sponsor Banner
Kak KM Jawab Dakwaan Menipu Keputusan SPM Anak - "Berlaku Kekeliruan, Kita Tunggu & Lihat Pada Rezeki"
Usahawan popular Liana Rosli menjelaskan dirinya tidak pernah menipu selepas berkongsi keputusan anak lelakinya, Faris Razman, yang mendapat keputusan 6A pada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 27 Mei lalu.

BERITA TRENDING: Penulis Pesona Kebaya Nafi Eksploitasi Kak KM - "Terkejut Ada Tuduh Kami ..."

BERITA TRENDING: Anak Dapat 6A SPM, Kak KM Hadiahkan Kereta Mercedes & Cek RM10,000!

Jelas Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, berlaku kekeliruan dalam slip keputusan yang memaparkan keputusan berbeza iaitu 3A ketika ia disemak secara dalam talian.
"Sebenarnya benda itu (isu keputusan SPM) tengah ada isu dan perkara itu masih belum selesai.
"Jadi sekarang tengah tunggu keputusan SPM yang sebenar dan baru kita akan umumkan. Tak boleh nak cakap apa-apa buat masa sekarang," katanya kepada Gempak.
Liana yang ditemui pada majlis sidang media dan majlis pelancaran buku Pesona Kebaya di Pavilion Damansara Heights pada Sabtu berkata dia tidak bersedih dengan perkara tersebut sebalik tetap berbangga dengan kecemerlangan Faris.
"Tak sedih pun sebab kami bukan menipu dan saya pun tak sebut apa-apa tentang isu diperkatakan.
"Kita tunggu dan lihat pada rezeki... Janji ada A dan B. Sebagai ibu saya tetap bangga dengan Faris.
"Tak kisahlah dia pandai atau bodoh, saya tetap berbangga dengannya sebab dia sudah buat yang terbaik," jelasnya.

BERITA TRENDING: "Sampai Sekarang Tak Boleh Tidur Malam" - Trauma Kena Rompak, Kak KM Takkan Tunjuk Rumah Baharu

BERITA TRENDING: Tahun Lepas Honda, Tahun Ini Kak KM Hadiahkan Gelang Buat Ibu – “Tak Perlu Sebut Harga…”

BERITA TRENDING: "Jangan Kita Tambah Kesedihan Orang" - Ustazah Asma' Harun Nasihat Netizen Jaga Adab, Doakan Kesembuhan Jantung Berlubang Anak Kak KM

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live