Laman Utama

“Kaka Azraff Artis Hebat, Malangnya Kami Terpaksa …” - Warner Music

gempak
Amri Hassan
06/12/2023
08:36 MYT
Sponsor Banner
“Kaka Azraff Artis Hebat, Malangnya Kami Terpaksa …” - Warner Music
Syarikat rakaman yang menaungi penyanyi Kaka Azraff, Warner Music akhirnya tampil memberikan kenyataan berhubung isu yang tular membabitkan pempengaruh pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu.

BERITA TRENDING: Uyaina Arshad Simpati Dengan Nasib Kaka Azraff - "Jangan Demotivated, Ini Sebahagian Daripada...

Menerusi kenyataan yang dikirimkan kepada Gempak, wakil syarikat rakaman terbabit memaklumkan status terkini bersama pelantun lagu Bukan Hal Aku itu.
“Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian.
“Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa, atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama”, jelas wakil dari Warner Music.

PILIHAN PEMBACA: Kaka Azraff ‘Dimalukan’ Oleh Penyokong Zionis Sebab Support Palestin? Tapi Ada Netizen Malaysia...

Bagaimanapun, Kaka bakal mengadakan sidang media khas pada hari ini dipercayai untuk menjelaskan kemelut yang berlaku.
Untuk rekod, kemelut tercetus susulan tindakan penyanyi tersebut meninggalkan komen dengan mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic.
Susulan tindakan penyanyi itu, identitinya telah diselidik oleh pihak Instagram, sekali gus mendedahkan maklumat peribadinya.
Pihak berkenaan dilihat menjalankan penyelidikan mengenai latar belakangnya sekali gus mendedahkan gambar, butiran peribadi, syarikat dinaunginya iaitu Warner Music Malaysia serta menyebut Kaka sebagai anti-Yahudi.
Berikutan pendedahan itu, penyokong tegar Israel mula menyerang Instagram penyanyi terbabit dalam ruangan komen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live