gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hampir Setahun, MK K-Clique Akhirnya ‘Reveal’ Wajah Aya Rayana - “Anak Dia Comel Betul”
BERITA
Rumah Cucu Tun M Dipecah Masuk, Rugi RM1.8 Juta
HIBURAN
Miera Leyana Mohon Bekas Madu Berhenti Guna Namanya Untuk Raih Simpati - “Saya Pernah Menang Anugerah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Kakak Pemandu Honda Jazz Mohon Maaf, Netizen Desak Jumpa Keluarga Mangsa - “Pergi Jumpa Depan-Depan Bukan…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
10/03/2025
01:31 MYT
Sponsor Banner
Kakak Pemandu Honda Jazz Mohon Maaf, Netizen Desak Jumpa Keluarga Mangsa - “Pergi Jumpa Depan-Depan Bukan…”
Kakak kepada pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut di Senawang tampil membuat permohonan maaf atas kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.
Menerusi satu video di TikTok, wanita dikenali sebagai Nur Athirah Najwa menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini dibuat dalam keadaan emosi, dan dia amat menyesali tindakannya.
“Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najwa, kakak kepada pelaku yang terlibat dalam kemalangan di Senawang. “Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas posting dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.
“Saya sedar saya telah muat naik posting dan komen tersebut dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meminta Athirah agar bertemu sendiri dengan keluarga mangsa untuk menyampaikan permohonan maaf secara ikhlas.
“Pergi jumpe depan2 keluarga mangsa bkm nya buat video mcm ni.
“Kau pegi jumpa dan mintak maaf dgn family mangsa la! Ckp dekat sini buat ape.
“Minta maaf pd keluarga mangsa. bukan minta maaf disini... jumpa keluarga mangsa.. kata2 awak sgt mengguris hati seorg ibu yg kehilangan ank.
“Pegi mintak maaf dekat family mangsa depan2 la oiii.
“Akak pun mintak maaf sebab tak nampak keikhlasan adik dlm meminta maaf dlm video ni.. ✌️
“Sebab tu la sebelum bersuara fikir kedepan even ditimpa musibah, tak pasal ii allah tutup aib jadi orang lain tau aib disebabkan perbuatan kita,” kata netizen.
Terdahulu, tular di media sosial apabila Nur Athirah memuat naik beberapa kenyataan yang seolah-olah mempertahankan adiknya susulan insiden berkenaan.
Tindakannya itu mencetuskan kemarahan netizen yang mengecam pemandu Honda Jazz terbabit kerana memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa dua individu.
Pada Khamis lalu, satu kemalangan jalan raya berlaku di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1.
Dalam kejadian sekitar pukul 8.30 malam itu, empat individu cedera parah termasuk dua beradik lelaki. Dua mangsa yang menaiki motosikal Modenas Kriss, Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan pemboncengnya, Muhammad Aswari Lotpi, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
Susulan kejadian itu, polis mengesahkan pemandu kereta Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban, sehingga mengakibatkan kemalangan maut membabitkan dua remaja, tidak mempunyai lesen memandu.
Topic Berkaitan
#Kemalangan
#Minta Maaf
#Honda Jazz
#Senawang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement