Laman Utama

Kaki Lelaki Ini Dipotong Akibat Minum Teh Tarik

gempak
Izwan Isa
25/08/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
Kaki Lelaki Ini Dipotong Akibat Minum Teh Tarik
Seorang lelaki berusia 55 tahun mendedahkan yang kakinya terpaksa dipotong sekitar 30 tahun lalu akibat terlalu banyak minum teh tarik.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, lelaki yang menggunakan nama Lan itu berkata, dia boleh minum minuman yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia itu tiga hingga empat gelas sehari.
Akibat minum teh tarik terlalu banyak, Lan kemudian disahkan menghidap kencing manis seawal usia 20-an.
Menurut Lan, dia sering menikmati teh tarik baik sejuk mahupun panas dan kadang-kala turut membungkus minuman tersebut untuk diminum ketika memandu.
@kedidi_kakipalsu Abang Azlan share tabiat dia masa muda.Umur 45 dia kata dah start nampak kesan.Perlu kaki palsu tapi tak mampu? boleh hubungi kami.Moga bermanfaat #diabetes #kencingmanis #kedidikakipalsu #amputeeinfo ♬ original sound - kedidikakipalsu
Selain itu, Lan mengakui yang jadual makannya juga tidak teratur. Dia kadang-kala akan makan lewat, sekitar pukul 3 pagi.
Tidak hanya menggemari teh tarik, Lan juga tidak gemar minum air masak. Menurut Lan: “Kadang-kala, selepas minum teh tarik, saya akan minum Coca-Cola. Saya jarang minum air kosong,” katanya.
Ketika usianya menginjak 40-an, kesihatan Lan semakin merosot. Dia mengalami luka kecil pada kaki akibat terkena paku. Namun, luka tersebut semakin parah dan dia terpaksa menjalani pembedahan.
Namun, akibat keadaan kaki yang teruk, doktor mencadangkan supaya kedua kakinya itu dipotong.
BACA: Demi Selamatkan Kucing, Kedua Kaki Kanak-Kanak Ini Digilis Lori Simen & Terpaksa Dipotong
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live