Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira memberi peringatan kepada semua pihak supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Kata Erra, walaupun banyak kerja yang tertangguh dan memberi kesan kepada ekonomi, namun tetap perlu mengutamakan kesihatan diri.

"Fahami jaluran wabak COVIC-19. Ada sebab di suruh duduk di rumah.

"Tolong jangan keluar tanpa urusan penting! Sangat penting!!

"Ya bosan.. Ya ekonomi terganggu.. Ya banyak kerja tertunda.. Tapi semua itu tidak bererti andai kesihatan kita menjadi taruhan.

"Malah bukan kita sebagai individu tetapi seluruh keluarga, seluruh kawasan, seluruh daerah, seluruh negeri, seluruh negara akan pincang," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Dalam pada itu, pemilik nama Fazira Wan Chek menyatakan jika ada yang degil dan melanggar, seeloknya ditegur secara baik.

"Kalau ada yang degil tolonglah sekolahkan atau tarbiahkan secara berjemaah (cara baik) kerana tindak tanduknya akan mengundang parah kepada orang lain. Fikirkan kesayangan-kesayangan hambaku semua," tulisnya lagi.

Fahami jaluran wabak C19. . Ada sebab disuruh DUDUK DIRUMAH. TOLONGGGGG JANGAN KELUAR TANPA URUSAN PENTING! SANGAT PENTING!!. . Ya.. bosan.. Ya ekonomi terganggu.. Ya banyak kerja tertunda.. Tapi semua itu tidak bererti andai kesihatan kita menjadi taruhan. Malah bukan kita sbg individu.. tetapi seluruh keluarga, seluruh kawasan, seluruh daerah, seluruh negeri, seluruh negara akan pincang. . Kalau ada yg degil.. tolonglah sekolahkan/ talbiahkan secara berjemaah.. (cara baik) kerana tindak tanduknya akan mengundang parah kpd org lain.. . . Fikirkan kesayangan2 hambaku semua.. #wecare #spreadlove

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on


Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 673 orang dengan dua rekod kematian.

Daripada jumlah tersebut, seramai 622 orang sedang dirawat di hospital, manakala 49 orang telah pun pulih.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!