,
Laman Utama

Kalau Dah Rezeki... Sebulan Lepas Tolak Tawaran Filem Aksi, Sara Ali Ditawar Air Force The Movie - "Sekali Baca Skrip, Terus Suka!"

Amri Hassan
04/06/2022
05:52 MYT
Pelakon utama filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Sara Ali akui sudah lama mengimpikan untuk membintangi filem aksi atau peperangan.
Hajat itu menjadi realiti apabila dia menerima tawaran untuk berlakon dalam Air Force The Movie: Selagi Bernyawa tanpa melalui uji bakat selepas membaca skrip yang dianggap sangat menarik.
“Sebenarnya dari dulu lagi, saya pernah cakap pada diri sendiri yang satu hari nanti saya akan dapat filem aksi atau perang. Masa itu, tiba-tiba memang ada tawaran filem aksi datang.
“Tapi bila saya baca skrip tak menarik dan saya tak suka. Walaupun ramai kata saya akan rugi kalau tak terima tawaran filem yang dijangka akan meletup.
“Tapi saya percaya pada skrip, tak kisah orang nak cakap. Alhamdulilah, sebulan selepas itu saya dapat tawaran untuk filem Air Force. Tak perlu casting pun, tapi tawaran itu memang untuk saya.
“Selalunya kena lalui uji bakat tapi kali ini tidak. Saya diberi masa seminggu untuk baca skrip… kali pertama baca, terus saya suka,” kata Sara.
Selain Sara, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu turut dibintangi oleh Aiman Hakim Redza, Datuk Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As’ari, Scha Al Yahya dan ramai lagi.
Filem yang memaparkan kehebatan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia itu bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada Ogos depan.
Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun ini juga mengakui bukan mudah untuk membawa watak sebagai seorang wartawan.
“Dalam filem itu, saya memegang watak sebagai seorang wartawan yang lebih kepada laporan khas. Saya ada juga buat sedikit ulang kaji macam mana nak jadi wartawan.
“Macam seorang wartawan bercakap depan kamera. Bahasa Melayu yang mereka gunakan sangat teratur dan tersusun. Jadi, ia sangat mencabar untuk saya yang suka cakap tak teratur.
“Saya ada la tengok gaya pembaca berita dan cuba ikut gaya itu. Tapi hanya ada beberapa babak saja dapat main peranan sebagai wartawan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Unitar